Wednesday, March 18, 2009

PTK........

Kami menduduki PTK pada 18 Mac 2009 di SMK Elopura 2 Sandakan, Sabah. Bukan apa untuk kenangan je, dan pensil tu pinjam dengan kawan seperjuangan yang duduk di depan iaitu Cikgu Noraini Mohd. Nor. Apa pun ambil kesempatan juga nak bincang ngan kekawan guru semua, pasal yah soalan taklah susah sangat tapi ramai yang tak dapat keputusan seperti yang diharapkan.... soalan objektif pula tu, 40 soalan .... kadang-kadang macam mustahil pula...

Tuesday, March 10, 2009

Aktiviti Paragliding Sandakan

Selepas latihan Paragliding di Kompleks Sukan
Sandakan.


Pemandangan menarik dari atas tebing bukit Sim Sim
Sandakan, tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti
paragliding.

En. Asnawi membuat persiapan untuk menjamin
keselamatan sebelum melakukan terbang
dengan paragliding.
Terbang dan berada di udara selama hampir 30 minit.

Masih kekal di udara dengan keadaan angin yang baik
sebelum melakukan pendaratan di padang Sim Sim.

Aktiviti paragliding adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan, sukar diungkap dengan kata-kata kecuali dengan pengalaman sendiri. Di Sandakan terdapat beberapa tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini, antaranya ialah tebing bukit Sim-Sim, Trig Hill dan Pulau Berhala. Walau bagaimanapun sokongan masyarakat Sabah khususnya Sandakan perlu untuk menjadikan aktiviti ini tidak menjadi sangat asing.


Program Merakyatkan Seni Dan Budaya

Majlis disempurnakan oleh YB. Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Timbalan Ketua Menteri dan sebagai wakil Ketua Menteri Sabah.
Bakat menconteng dinding yang sangat menarik.

Pakaian-pakaian tradisional yang hendak diketengahkan
oleh Seni Budaya agar tidak luput ditelan zaman.

Masyarakat Sandakan berpeluang mencuba bakat seni mereka
dalam melukis dan mewarnakan batik.

Pn. Sharifah Arif yang bertugas di Perpustakaan
Wilayah Cawangan Sandakantidak lepaskan
peluang merakamkan kenangan dengan
penghibur no. 1 Sabah iaitu
En. Abu Bakar atau lebih dikenali
sebagai Ampal......
" Program Merakyatkan Seni Dan Budaya " baru-baru ini telah diadakan di Sandakan peringkat negeri Sabah. Program yang bertemakan " Perkasakan Perpaduan Bersama " ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Tema program ini sangat bertepatan sekali dengan senario semasa negara kita masa kini. Dimana penyatuan bangsa yang terdapat di Malaysia sangat penting, demi mengekalkan sebuah negara dan bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Negara akan terus maju dan makmur bila mana rakyatnya bijak menyingkir fahaman yang boleh mengakibatkan perbalahan antara satu dengan yang lain.

Saturday, March 7, 2009

Badut........

Badut...

Tidak ramai yang tahu bahawa Perpustakaan Wilayah Sandakan, ada watak badut yang terdiri daripada beberapa orang kakitangannya. En. Johar Janur ( gambar di atas ) adalah salah seorang watak badut yang terdapat di daerah Sandakan, namun watak badut ini tidak semudah seperti yang dilihat. Ia memerlukan bakat, kemahiran dan latihan. Tahniah kepada Perpustakaan Wilayah Sandakan kerana usaha ini bakal dapat menarik minat golongan kanak-kanak dan belia untuk bertandang ke perpustakaan yang sangat berperanan sebagai gedung ilmu khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sunday, March 1, 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai
Dayang Zaliha dengan suami Abd. Fitri semoga
kekal hingga ke akhir hayat.
Rasulullah S.A.W. Bersabda Maksudnya :
" Apabila berkahwin seseorang muda itu
necaya menjeritlah syaitan sambil berkata
alangkah ruginya aku, sesungguhnya
terpeliharalah orang muda itu
daripada godaanku ".

Bapa kepada mempelai perempuan...

Irama yang kekal sepanjang zaman...