Saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman, pahit manis perjalanan dalam usaha mencipta rekod "Ukir Jalur Gemilang" terbesar di Malaysia yang berukuran 6 x 11 meter. "Ukir Jalur Gemilang" ini merupakan rekod saya yang pertama dan tersenarai sebagai rekod oleh Malaysia Book Of Records. Pengalaman-pengalaman ini diharap dapat meningkatkan kekuatan dan dapat meningkatkan motivasi diri dalam kita menghadapi dunia ini yang penuh dengan cabaran.
sebelum kerja-kerja mengukir Jalur Gemilang dilakukan.
Mendapatkan sokongan daripada beberapa pihak khususnya dari Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman.
Projek ini juga mendapat kebenaran dan sokongan daripada Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman merangkap Menteri Kewangan Sabah pada 18hb September 2003, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan pada 21hb Ogos 2003, Polis Diraja Malaysia Sandakan En. Shajian Bin Ali pada 20hb Ogos 2003, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia pada 17hb September2003 masa itu ialah Dato Hisammuddin Tun Hussein, Pemungut Hasil Tanah Sandakan pada 05hb Ogos 2003 En. Gideon Gohulu, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan pada 07hb Ogos 2003 En. Rahim Bin Awang, Pemangku Penguasa Zon Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan En. Ariffin Bin Harris pada 05hb Ogos 2003, Jabatan Kerja Raya Sandakan dan Datuk Pengiran Haji Abdul Rahman Bin Datuk Seri Panglima Pengiran Digadong Haji Muhammad Galpam PGDK ASDK. Saya juga telah mendapat sokongan dan perangsang untuk menjadikan impian ini satu kenyataan daripada mantan Pengarah Pendidikan Sabah Allahyarham Datuk Dr. Hamdan Bin Mohammad dan apa yang sangat menyedihkan ialah beliau tidak dapat menyertai kejayaan usaha ini bersama-sama dan pergi ke rahmatullah buat selama-lamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, Amin.
Bergambar bersama buat kali yang terakhir dengan mantan Pengarah Pendidikan Sabah di pejabat beliau pada awal bulan Disember 2003.
Menerima Tunjuk Ajar Dan Latihan
Sangat berterima kasih kepada Pemangku Penguasa Zon Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan En. Ariffin Bin Harris kerana telah memberi kepercayaan sepenuhnya untuk projek ini.Tanpa mengharapkan sesuatu beliau telah menyediakan seorang jurulatih iaitu En. Rajali dan beberapa orang kakitangan Bomba dan Penyelamat bertindak sebagai pemudah cara. Walau pun usaha mereka tidak sampai ke akhir projek tapi ianya sangat banyak membantu. Selepas seminggu menjalani latihan teknik penggunaan tali untuk mendaki rasa seperti tak sabar untuk memulakan projek.
Menerima taklimat ringkas daripada seorang jurulatih dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Zon Sandakan En. Rajali sambil diperhatikan oleh anak lelaki saya Mohd. Qays Nur Syafiq.

Mempelajari teknik memanjat menggunakan tali yang sangat asing buat saya pada masa itu sambil di perhatikan oleh jurulatih.

Meninjau Lokasi
Menerima taklimat daripada Pegawai Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Sandakan En. Joe Supijoh di lokasi.
Bertukar pendapat tentang kesesuaian kawasan untuk kerja-kerja projek.

Buat pertama kali melakukan latihan peringkat akhir di lokasi.
Kali pertama turun di tebing bukit disangat mendebarkan namun semua perlu diatasi demi merialisasikan impian menjadi kenyataan.
Memohon Restu
Pada pagi jumaat penghulu kepada segala hari, doa dipohon untuk kesejahteraan dan keselamataan daripada yang maha Esa. Semoga semua yang dilakukan bermula dan berakhir dengan baik. Turut sama ketika itu ialah rakan seperjuangan.
Buat majlis doa selamat secara ringkas di lokasi.

Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sokongan mereka, kelihatan di sana cikgu Jamali, Ustaz Rahimi, Cikgu Fauziah, Cikgu Saliah dan cikgu Noraini.
Langkah Baru Bermula
Kerja-kerja mengukir baru bermula, walaupun perancangannya telah dirancang hampir setahun. Setiap hari selepas waktu mengajar antara jam 2.00 petang hingga 6.00 petang, merupakan jadual harian untuk kerja-kerja mengukir. Disinilah kali pertama saya dapat menguji dan mencabar kekuatan fizikal dan mental. Sangat jarang dan memang tidak berminat sebelum ini untuk saya ambil tahu sejauhmana kekuatan itu dan menganggapnya tidak penting.
Menjadi rutin harian untuk menggalas beban seberat hampir 30 kg dan mendaki pada ketinggian hampir 150 meter dari paras laut.
Melakukan persiapan dengan teliti kerana sedikit kesilapan akan membawa padah.
Menghabiskan masa selama setahun di atas tebing untuk kerja-kerja seperti ini.
Memastikan semuanya betul-betul bersedia.
Semua tindakan mesti berhati-hati apa yang penting tidak ada satu perkara yang boleh diremehkan.
Inilah permukaan tebing bukit secara dekat.

Tebing siap dilakar pada ogos 2003 dengan menggunakan tali sebelum kerja-kerja mengukir dilakukan.
Kerja-kerja mengukir terus dilakukan selepas 10 bulan berlalu iaitu pada julai 2004.
Letih yang amat sangat dan inilah cara untuk berehat ditepi tebing.
"Ukiran Jalur Gemilang" siap sepenuhnya pada 31 Ogos 2004