
Sukaneka adalah aktiviti yang dinanti-nantikan dengan penuh teruja oleh para pelajar khususnya palajar tahap 1 di semua sekolah rendah. Sehubungan dengan itu guru-guru Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan, Sabah, telah menjayakan Sukaneka 2009 dengan serba sederhana tetapi tetap meriah. Sukaneka tersebut diadakan pada 13 Oktober 2009 hari selasa yang bermula pada 7.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Cadangan awal ianya dijalankan di padang Kampung Sim-Sim Sandakan, namun memandangankan cuaca tidak mengizinkan maka ia diadakan di dewan serbaguna sekolah.
Sukaneka ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar tahun satu, dua dan tiga berkaitan dengan sukan. Sukaneka ini bakal melakarkan satu kenangan yang indah dikalangan pelajar itu sendiri tentang betapa seronoknya bersukan. Sukaneka ini akan menjadi titik tolak memupuk minat dan mencungkil bakat dalam acara-acara sukan yang mesra pelajar. Apa yang diharapkan ialah agar program seperti ini dapat dikekal dan dilaksanakan sepanjang tahun.
Berlatih dan membiasakan diri dengan terompah tempurung kelapa....
Penatkah cikgu.........

Suasana dewan semasa sukaneka dijalankan....

Cikgu: masukkan air dalam botollah! bukan luar botol!!!
Murid: @#$%^&*/?????? ( sabar sak lah )

Acara tiup belon dan pecahkan oleh pelajar tahun satu....

Ada cikgu yang seronok tapi ada cikgu yang terkonang ingat
anak (& isteri) kat kampung... tak sabarlah, tiket awal-awal dah beli dah!

Cikgu tulis apa ni! suruh tulis guna taip pasal pula tulis guna tangan.....