Saya
ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat
Malaysia. Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu. Alhamdulillah,
keamanan Malaysia masih dapat dikekalkan sehingga kini. Jika tanpa
perpaduan, keamanan tidak akan dicapai sehingga sekarang. Oleh itu, marilah kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjaga
keamanan negara yang kita cintai ini.
Monday, September 16, 2013
Monday, August 19, 2013
Salam Kemerdekaan.....
Sempena tarikh keramat, 31 Ogos 1957 yang menjadi kemerdekaan Malaysia, marilah kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu dan terus
berjuang mengekalkan kemerdekaan yang kita nikmati sekarang ini dengan
berkerjasama mendukung hasrat pentadbiran di bawah pempimpin negara
yang bijaksana.
Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran
minda kelas pertama sekali gus mempertahan kemerdekaan yang telah
diperjuangkan oleh para pemimpin negara yang terdahulu.
Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berasa bangga dengan amalan
budaya budi perkerti yang tinggi yang telah berjaya menyatupadukan
seluruh rakyat yang berbilang kaum sekali gus mengekalkan kedaulatan
negara Malaysia yang kita cintai.
Thursday, July 18, 2013
PERLUKAH KITA BERLEMBUT HATI LAGI APABILA PENGHINA AGAMA DAN BANGSA KITA MEMINTA MAAF?
Posted by CUCU TOK WAN at 7:48 AM Thursday, July 18, 2013
Gejala kurang ajar, biadap dan tidak ketahuan hala membabitkan golongan bukan Melayu di negara ini semakin menjadi-jadi. Walaupun sebahagian daripada mereka hanyalah golongan yang bergaul sesama sendiri, dari peringkat sekolah yang mana mereka bersekolah vernakular, sehinggalah ke pusat pengajian tinggi, bahasa yang mereka mahir hanyalah bahasa Cina, manakala Bahasa Kebangsaan Malaysia pula, mereka perlekehkan. Sebaliknya dengan bahasa Inggeris yang tersangat lemah, mereka tidak sahaja cuba tuturkan, bahkan tanpa segan silu menulisnya dalam laman-laman media sosial sebagai kaedah untuk berkomunikasi sesama sendiri. Mana-mana anak chinabeng yang tidak boleh berbahasa Mandarin atau tidak boleh menulis mahupun membaca tulisan Mandarin akan dianggap sebagai hina.
Tuesday, April 30, 2013
Pekerja Pemangkin Transformasi Negara
Kepada rakan-rakan semua khususnya para pekerja, saya mengucapkan selamat menyambut hari pekerja 2013 yang bertemakan " Pekerja Pemangkin Transformasi Negara ". Semoga kita menjadi pekerja yang sedia berbakti walaupun tidak dipuji, bersama kita menjaga keharmonian dan kemakmuran negara tercinta.
Saturday, April 27, 2013
MENJELANG PRU 13
Assalamualaikum & salam sejahtera. Tarikh mengundi PRU 13 telah di umumkan, seluruh negara akan mula sibuk
dengan PRU 13 ini terutamanya mereka yang terlibat dalam politik. PRU
13 kali ini pastinya sengit bagi parti Barisan Nasional dan juga Pakatan
Rakyat. Bagi yang layak mengundi diharap dapat membuat pilihan yang
tepat dan berbaloi. Semoga PRU 13 ini berjalan dengan lancar dan aman, terimalah kemenangan sebagai beban amanah rakyat dan terimalah kekalahan sebagai cabaran untuk terus berjuang serta dapat menerima kekalahan dengan hati yang terbuka.
Subscribe to:
Posts (Atom)