Wednesday, May 13, 2009

Pertandingan Kawad Di Kota Merudu Kudat.

Pagi selasa 12 Mei 2009, pasukan unit beruniform pengakap bersiap sedia untuk bertolak ke Kota Merudu Kudat untuk menyertai pertandingan kawad peringkat negeri. Seramai 35 orang pelajar perempuan ini akan menyahut cabaran dengan semangat "yakin boleh" dan "Papat 2 Boleh". Pertandingan yang akan bermula pada 13 Mei 2009, bertempat di Kota Merudu Kudat merupakan tempat penentuan untuk ke peringkat kebangsaan. Pasukan yang berjaya akan berpeluang menyertai pertandingan kawad peringkat kebangsaan di Seremban Negeri Sembilan. Untuk sejarah Sk. Sri Tanjung Papat 2 pernah mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan tahun 2008 di Kelantan.

Taklimat dan amanat terakhir dari Guru Besar sambil diperhatikan oleh Pengurus juga jurulatih kawad En. Jainul Abdul Gapar.


Pergi berjuang dengan harapan dan doa yang disempurnakan oleh Ustaz Badru juga merupakan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah.

Pergi untuk berjuang......

Pergi untuk menang!!! Semoga berjaya...

Sunday, May 10, 2009

Menanam Pokok Gaharu....


Majlis ringkas menanam pokok Gaharu oleh pihak pentadbir dan guru-guru
sekolah SK. Sri Tanjung Papat 2, Sandakan, Sabah.

Penanaman 20 pokok Gaharu dimulakan sesara rasminya oleh
Guru Besar sekolah dan di ikuti oleh penolong kanan dan
guru-guru.

Nak posing atau nak tanam pokok !!....

Penanaman pokok Gaharu merupakan kempen oleh kerajaan negeri Sabah dan ditanam oleh semua peringkat sama ada jabatan negeri atau persekutuan.

Sunday, May 3, 2009

Motivasi Guru dan KTBM....

Ucapan guru besar SK. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan sempena Program Motivasi Guru dan KTBM. Program ini telah dianjurkan oleh Pihak Pentadbir Sekolah dan Unit Bimbingan & Kaunseling pada 02 Mei 2009 bersamaan dengan hari sabtu. Antara objektif program ini ialah :

1) Meningkatkan kesedaran guru-guru tentang peranan dan tanggung jawab mereka dalam soal mendidik.

2) Memupuk semangat kerjasama antara guru-guru, KTBM dengan pihak pentadbiran sekolah dalam pelbagai hal demi kemajuan sekolah.

3) Guru-guru dapat merancang dan menyusun strategi yang bersesuaian supaya objektif P&P tercapai.

Penceramah yang didatangkan dari Kota Kinabalu iaitu Encik Pandir Bin Lodah.

Semasa menunggu program dijalankan

Walaupun hari cuti sabtu, kehadiran guru-guru dan KTBM sangat menggalakkan.

Memanglah letih sebab hari ini merupakan hari bersantai bersama keluarga...

Kaum "Adam" yang nampak mula nak pupus....
Tapi memang pun kaum "Adam" di sekolah ini dari golongan minoriti

Guru Besar berserta guru-guru dan KTBM ...

Bukan YB saja penceramah pun suka "turun padang"...

PK Kokurikulum pening kepala......

Slot penghayatan program......
Cikgu-cikgu ni sedang menghayatikah ni!

Rupa-rupanya di sini baru ada penghayatan....

Jarang kita ada masa serta peluang untuk seperti ini....

Berdakapan untuk memohon kemaafan...

Sama ada tua atau yang muda, pangkat kecil atau pangkat besar, kita tak terlepas dari kesilapan...

Situasi ini hanya akan menambah erat hubungan sesama kita...
Sebab manusia sering berbalah dan bakal merugikan banyak pihak...

Tuesday, April 28, 2009

Latihan Paragliding


Latihan paragliding di satu tempat menarik di Sandakan dan sesuai untuk mereka yang baru hendak mengenali sukan ini. Walaupun kami menghadapi kekangan masa dengan tugas masing-masing namun demi minat pada sukan paragliding, kami sentiasa mencari dan mencuri ruang masa.

Thursday, April 23, 2009

Malang Yang Tidak Terbayang.........


Pelajar perlu jadikan panduan daripada semua ini. Bahawa ada rakan-rakan sebaya mereka yang bernasib malang di luar sana. Malang yang tidak terbayang oleh kita kecuali kita berada pada situasi seperti mereka. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Walau apapun alasan kita untuk tidak mahu ambil tahu akan mereka, tetapi asasnya mereka adalah manusia biasa yang tidak berpeluang dan tidak diberi peluang. Justeru itu, hargai setiap saat peluang yang ada pada kehidupan kita hari ini. Insaflah bahawa kita sungguh bernasib baik dan ingatlah apa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi..... Jadilah yang terbaik untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Bas Sekolah Terbabas....




23 April 2009 Khamis
Sandakan
Satu kemalangan berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 2 Sandakan, yang melibatkan sebuah bas sekolah. Kemalangan berlaku pada awal pagi, ketika bas malang tersebut sedang menghantar pelajar sidang pagi ke sekolah berkenaan. Menurut pemandunya, bas tersebut telah hilang kawalan akibat masalah brek yang tidak berfungsi. Bas tersebut terbabas dihadapan pintu masuk sekolah dan melangar penghadang jalan. Walau bagaimanapun tiada sebarang kecederaan parah dilaporkan, hanya dua orang pelajar yang lebam akibat hentakan dan seorang lagi terpaksa dikejarkan ke hospital DOK sebagai pesakit luar. Apa yang diharapkan ialah, pihak-pihak yang bertanggungjawab agar dapat melakukan sesuatu untuk membantu sekolah agar perkara seperti ini tidak akan berulang. Ramai pihak yang melahirkan rasa bimbang akan kedudukan sekolah yang sangat terdedah dengan bahaya kemalangan. Demi keselamatan pelajar, langkah awal sangat perlu untuk dipertimbangkan oleh semua pihak khususnya kementerian pelajaran.

Friday, April 17, 2009

Home Sweet Home.........

Hasil Cipta Kumpulan Cheetah
"TERATAK IMPIAN CHEETAH"

Hasil Cipta Kumpulan Lion
"WALAI KOUPUSAN KU"



Hasil Cipta Kumpulan Tiger
"RUMAH KAMPONG MODEN"


Hasil Cipta Kumpulan Leopard
"VILA LEO"
Inilah rumah idaman yang dicipta oleh kakitangan Perpustakaan Wilayah Sandakan, sebagai sebahagian aktiviti tahunan Kelab Sukan Dan Rekreasi. Rumah yang dihasilkan adalah daripada bahan-bahan terpakai untuk menguji kemampuan dan daya kreativiti setiap kumpulan. Objektif sebenar projek ini adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya amalan kitar semula bahan-bahan yang tidak digunakan lagi.

Kawad Kaki




Pasukan Kawad Sk. Sri Tanjung Papat 2, bersiap sedia untuk menyahut cabaran ke pertandingan kawad Peringkat Negeri di Kota Merudu Kudat. Kelebihan pasukan ini ialah, mereka pernah ke peringkat kebangsaan di Kelantan pada tahun 2008.
Doa seluruh warga Sk. Sri Tanjung Papat 2 ialah agar mereka berjaya.
Sebagai makluman peringkat kebangsaan untuk kawad kaki ini akan diadakan
di Negeri Sembilan.

Pelajar Hilang....

Nursyazirah pelajar SMK Telipok Kota Kinabalu Sabah
dipercayai telah dilarikan oleh teman lelakinya
seorang warga asing.
Sukar dipercaya apabila dikatakan bahawa pelajar ini telah dilarikan oleh teman lelakinya seorang warga asing. Kesangsian dirasakan, apa bila pelajar ini telah membuat panggilan terakhir kepada kedua ibu bapanya selepas dia dikatakan hilang. Pelajar berkenaan mengatakan bahawa dia dalam keadaan baik dan selamat, justeru itu mengharapkan kedua ibu bapanya usahlah berasa bimbang. Kalau inilah situasinya maka pelajar berkenaan tidak dilarikan tetapi sebaliknya melarikan diri bersama teman lelakinya. Kekadang kenapa kita sering berfikir dipihak kita tetapi bukan berfikir untuk semua pihak. Khususnya kepada kedua ibu bapa serta ahli keluarga kita. Hanya berfikir untuk kepuasan diri sendiri tanpa ambil kira perasaan yang dirasakan oleh ibu bapa kita. Sayangilah mereka selagi sempat dan sayangilah mereka selagi ada.

Monday, April 13, 2009

Menteri Pelajaran Malaysia

Tan Sri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin
Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat Datang
sebagai ahli baru ke dalam perkampungan
warga pendidik Malaysia. Semoga Kementerian Pelajaran Malaysia
dapat melangkah maju kehadapan dibawah kepimpinan beliau.
Tahniah Sekali Lagi...................

Wednesday, March 18, 2009

PTK........

Kami menduduki PTK pada 18 Mac 2009 di SMK Elopura 2 Sandakan, Sabah. Bukan apa untuk kenangan je, dan pensil tu pinjam dengan kawan seperjuangan yang duduk di depan iaitu Cikgu Noraini Mohd. Nor. Apa pun ambil kesempatan juga nak bincang ngan kekawan guru semua, pasal yah soalan taklah susah sangat tapi ramai yang tak dapat keputusan seperti yang diharapkan.... soalan objektif pula tu, 40 soalan .... kadang-kadang macam mustahil pula...

Tuesday, March 10, 2009

Aktiviti Paragliding Sandakan

Selepas latihan Paragliding di Kompleks Sukan
Sandakan.


Pemandangan menarik dari atas tebing bukit Sim Sim
Sandakan, tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti
paragliding.

En. Asnawi membuat persiapan untuk menjamin
keselamatan sebelum melakukan terbang
dengan paragliding.
Terbang dan berada di udara selama hampir 30 minit.

Masih kekal di udara dengan keadaan angin yang baik
sebelum melakukan pendaratan di padang Sim Sim.

Aktiviti paragliding adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan, sukar diungkap dengan kata-kata kecuali dengan pengalaman sendiri. Di Sandakan terdapat beberapa tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini, antaranya ialah tebing bukit Sim-Sim, Trig Hill dan Pulau Berhala. Walau bagaimanapun sokongan masyarakat Sabah khususnya Sandakan perlu untuk menjadikan aktiviti ini tidak menjadi sangat asing.


Program Merakyatkan Seni Dan Budaya

Majlis disempurnakan oleh YB. Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Timbalan Ketua Menteri dan sebagai wakil Ketua Menteri Sabah.
Bakat menconteng dinding yang sangat menarik.

Pakaian-pakaian tradisional yang hendak diketengahkan
oleh Seni Budaya agar tidak luput ditelan zaman.

Masyarakat Sandakan berpeluang mencuba bakat seni mereka
dalam melukis dan mewarnakan batik.

Pn. Sharifah Arif yang bertugas di Perpustakaan
Wilayah Cawangan Sandakantidak lepaskan
peluang merakamkan kenangan dengan
penghibur no. 1 Sabah iaitu
En. Abu Bakar atau lebih dikenali
sebagai Ampal......
" Program Merakyatkan Seni Dan Budaya " baru-baru ini telah diadakan di Sandakan peringkat negeri Sabah. Program yang bertemakan " Perkasakan Perpaduan Bersama " ini telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman. Tema program ini sangat bertepatan sekali dengan senario semasa negara kita masa kini. Dimana penyatuan bangsa yang terdapat di Malaysia sangat penting, demi mengekalkan sebuah negara dan bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Negara akan terus maju dan makmur bila mana rakyatnya bijak menyingkir fahaman yang boleh mengakibatkan perbalahan antara satu dengan yang lain.

Saturday, March 7, 2009

Badut........

Badut...

Tidak ramai yang tahu bahawa Perpustakaan Wilayah Sandakan, ada watak badut yang terdiri daripada beberapa orang kakitangannya. En. Johar Janur ( gambar di atas ) adalah salah seorang watak badut yang terdapat di daerah Sandakan, namun watak badut ini tidak semudah seperti yang dilihat. Ia memerlukan bakat, kemahiran dan latihan. Tahniah kepada Perpustakaan Wilayah Sandakan kerana usaha ini bakal dapat menarik minat golongan kanak-kanak dan belia untuk bertandang ke perpustakaan yang sangat berperanan sebagai gedung ilmu khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sunday, March 1, 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai
Dayang Zaliha dengan suami Abd. Fitri semoga
kekal hingga ke akhir hayat.
Rasulullah S.A.W. Bersabda Maksudnya :
" Apabila berkahwin seseorang muda itu
necaya menjeritlah syaitan sambil berkata
alangkah ruginya aku, sesungguhnya
terpeliharalah orang muda itu
daripada godaanku ".

Bapa kepada mempelai perempuan...

Irama yang kekal sepanjang zaman...