Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki) terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'.Sunday, January 31, 2010
Batu Terapung?
Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki) terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'.Saturday, January 23, 2010
Saturday, January 16, 2010
Tanjung Krubong Labuan
Ada Syarat Untuk Membeli Gula.....
Friday, January 15, 2010
Sunday, January 10, 2010
Friday, January 8, 2010
Malang Tidak Berbau...
Berhati-hatilah semasa berada di atas jalanraya, sebab kadangkala akibat dari kecuaian kita telah menyebabkan kecederaan kepada orang lain. Sikap mementingkan diri dan tidak memperdulikan pengguna jalanraya yang lain hanya akan mendatangkan musibah dan masalah kepada banyak pihak. Seperti yang berlaku kepada penunggang motor ini, beliau hampir-hampir hilang nyawa disebabkan oleh seorang pemandu kenderaan berat yang tidak menghargai nyawa orang lain. Kejadian ini berlaku di jalan Karamunting Sandakan.Friday, January 1, 2010
Thursday, December 31, 2009
Herald boleh guna perkataan ‘Allah’
Penerbit akhbar mingguan Herald dibenarkan untuk menggunakaan perkataan “Allah”, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.Keputusan itu membatalkan larangan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas akhbar berkuat kuasa awal tahun ini.
Mahkamah membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu.
Penghakiman penting ini dilihat akan menggembirakan kira-kira 850,000 masyarakat Kristian Katolik negara ini.
Peguam bagi pihak Herald, Porres Royan memberitahu wartawan bahawa “mahkamah telah mengisytiharkan yang pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataaan Allah.” “Saya percaya kementerian akan patuh kepada keputusan mahkamah,” katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said pula berkata, “saya difahamkan kementerian sudah pun membenarkan permit untuk tahun 2010.”
Permit semasa untuk menerbitkan Herald berakhir hari ini. Mengenai tindakan susulan, Kamaludin menambah beliau akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan arahan selanjutnya.
Pada 16 Feb lepas, Uskup Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri, melarang beliau menggunakan istilah Allah dalam akhbar itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.
Pada 7 Jan lalu, Menteri Dalam Negeri meluluskan permit Herald dengan syarat penggunaan perkataan “Allah” dilarang dan perkataan ‘Terhad’ perlu dicetak di muka depan majalah tersebut iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian.
Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan “Allah” atas alasan keselamatan negara dan mengelak salah faham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.
Selamat Tahun Baru 2010
Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada yang mengenali kami. Semoga kedatangan tahun baru ini bakal memberi harapan dan menambah sinar dalam hidup kita. Kita tinggalkan 2009 bersama dengan kelalaian dan kealpaan kita untuk terus melangkah kehadapan bersama dengan seribu kebaikan.Wednesday, December 30, 2009
Tembakau atau Rokok....
APABILA menyebut tembakau, rata-rata di kalangan kita mengaitkannya dengan tabiat merokok. Hakikatnya,tembakau bukan sahaja tertumpu kepada tabiat merokok, malah menghisap cerut, paip dan mengunyah tembakau antara tabiat yang tidak dapat dipisahkan dari tembakau.
Membincangkan masalah tembakau, perkara utama yang sering dikaitkan ialah kesan negatifnya kepada kesihatan.
Meskipun ramai yang menyedari kesan buruk tembakau, namun masih terdapat sebilangan besar yang tidak mengendahkannya.
Secara global, dianggarkan tiga juta kematian di kalangan perokok berkaitan dengan tabiat merokok yang menyebabkan kanser.
''Antaranya ialah kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat merokok .
Selain itu, tabiat merokok juga antara faktor yang menyebabkan kanser pankreas, pundi kencing dan serviks.
Manakala di kalangan wanita, kesan merokok ini mendedahkan mereka kepada kanser buah dada dan rahim.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser (karsinogenik).
Merokok menyebabkan aterosklerosis, gangguan pada sistem jantung (kardiovaskular) dan saluran darah.
''Bahan-bahan nikotin pada rokok boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi) dan pembentukan plak .
Tekanan darah menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras dan meningkatkan kadar denyutan jantung kerana nikotin menyebabkan saluran darah menjadi sempit.
Apabila saluran darah mengecil, darah terpaksa mengalir lebih laju kerana tekanan tinggi.
''Sekiranya keadaan ini berterusan, saluran darah akan tersumbat dan akan menghalang bekalan darah sampai ke otak yang akhirnya menyebabkan strok (angin ahmar).
Biasanya, penyumbatan saluran darah ini berlaku pada saluran darah yang halus iaitu di bahagian organ-organ penting tubuh seperti otak, jantung dan buah pinggang.
Tabiat ini juga meningkatkan risiko penyakit pada paru-paru seperti penyakit kronik bronkitis, kronik pulmonari obstruktif, emfesema dan pneumonia.
''Kronik bronkitis yang terbentuk berbulan-bulan itu adalah iritasi daripada lapisan tersebut di mana kahak berkumpul hingga mengeluarkan darah .
Individu yang menghidap kronik bronkitis dapat dikenal pasti apabila batuk berkahak melebihi tiga bulan dalam tempoh dua tahun berturut-turut.
Hampir 70 hingga 80 peratus individu yang menghidap kronik bronkitis ini berpunca daripada tabiat merokok.
Selain kronik bronkitis, perokok juga terdedah kepada penyakit emfesema iaitu penyakit di mana paru-paru tidak berkembang dan pneumonia.
''Dalam paru-paru terdapat alveoli iaitu pundi paru-paru yang mengembang dan menguncup semasa proses pernafasan berlaku, sebaliknya sekiranya alveoli ini rosak proses ini tidak akan berlaku .
Sekarang semua kotak rokok tertera gambar-gambar penyakit yang mungkin perokok hadapi dalam jangka masa yang panjang. langkah kerajaan ini bertujuan memberi kesedaran kepada perokok tentang akibat merokok. kerajaan tak boleh memberhentikan penjualan rokok kepada orang ramai kerana ia adalah sebahagian besar pendapatan negara.


Inilah kotak rokok terakhir saya yang saya simpan hampir 12 tahun yang lalu dan saya merupakan salah seorang perokok tegar suatu masa dahulu. Sangat bersyukur kerana dapat meninggalkan benda yang tidak menguntungkan kepada sesiapa dan ianya tidak mendatangkan kebaikan walau sedikit pun. Sukar untuk menghilangkan tabiat merokok lebih-lebih lagi selepas kita bersamanya selama 10 tahun. Tetapi alhamdulillah pada cuti sempena Maal Hijrah 1997 saya dapat meninggalkan terus rokok tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan, sebab ubat yang paling mujarab ada didalam hati kita. Berhentilah merokok sebelum kita tidak dapat merokok. Apa yang menyedihkan ialah rokok terus menjadi pertimbangan pihak kerajaan samaada memilih "keuntungan" atau "kesihatan rakyat" walaupun kita tahu kemudaratannya.
Tuesday, December 29, 2009
Pengemis oh Pengemis....
Di lokasi ini seorang pengemis yang sudah tua, mungkin dalam lewat 50an dan berkopiah serta berjanggut berjaya ditangkap. Sebaik sahaja ditangkap, terus pakcik tua tadi merayu seperti OKU yang bisu supaya dilepaskan. Namun, tugas tetap tugas. Tiada rayuan yang akan dilayan sehingga siasatan selesai. Pengemis tua tadi dimasukkan ke dalam kenderaan saya untuk dibawa terus ke pejabat JKM Kuantan.
Setelah siasatan dilakukan, rupa-rupanya pengemis tua yang berkopiah itu adalah warga thailand dan beragama budha! Memang tak sangka, dan hasil mengemis pakcik tadi berjumlah lebih dari RM250. Hanya dengan berbekalkan kopiah sahaja!
pengemis yang ditahan seramai 4 orang dan hanya seorang yang benar-benar OKU iaitu cacat penglihatan. Paling menarik semalam ialah kehadiran seorang pemandu teksi ke pejabat JKM kerana ingin mengambil isterinya yang ditangkap kerana mengemis di bazar ramadhan. Kenapalah masih nak mengemis lagi sedangkan si suami bekerja sebagai pemandu teksi? atau adakah si suami turut serta?
Dalam operasi yang bermula pukul 7 pagi hingga 1 pagi itu, sebanyak 26 pengemis termasuk seorang warga asing rakyat China berusia 42 tahun ditahan ketika sedang mengemis di hadapan bangunan Stadhuys.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, 25 pengemis tempatan yang berusia lingkungan 30-an ditahan di sekitar kawasan tumpuan pelancong seperti Jonker Street, Pasar Besar Melaka Sentral dan Dataran Pahlawan.
Katanya, salah seorang daripada mereka ketika diperiksa menyimpan RM460 di dalam poket seluarnya.
''Ketika ditanya, lelaki tersebut mengaku wang berkenaan merupakan hasil kutipan pada hari berkenaan dan dia mampu memperoleh jumlah tersebut pada setiap hari hanya dengan mengemis di kawasan tumpuan pelancong.
''Hanya mengalami anggota fizikal yang cacat dan duduk di kaki lima di kawasan tumpuan pelancong, lelaki itu mengaku mampu memperoleh RM460 sehari dan jika dia berjaya mengutip secara konsisten, pendapatannya pada setiap bulan mampu mencecah RM14,000," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.
Monday, December 14, 2009
TEKSI ‘TANDAS’, NAZRI PERLU MINTA MAAF
KUALA LUMPUR - Letak jawatan portfolio teksi dan pengangkutan awam serta minta mohon maaf secara terbuka kepada pemandu teksi.Demikian gesaan beberapa persatuan pemandu teksi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ekoran kenyataannya pada Isnin lalu yang melabelkan perkhidmatan teksi di negara ini lebih teruk daripada tandas.
Jurucakap persatuan-persatuan terlibat, Azmi Md. Yatim berkata, kenyataan celupar menteri itu tidak mencerminkan keadaan sebenar pemandu teksi dan ia tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang dianggap sebagai bapa.
"Walaupun beliau kata hanya segelintir pemandu teksi sedemikian tetapi kenyataan itu tetap menghina," katanya pada sidang akhbar pada Perhimpunan Bantahan dan Penyerahan Memorandum di Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras di sini semalam.
Turut bersama dalam majlis itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusoff Lahir dan Pengerusi Persatuan Pemandu-pemandu Kereta Sewa Melaka-KLIA-Melaka, Jefri Ibrahim.
Azmi yang juga Pengerusi Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia menjelaskan, keceluparan Mohamed Nazri itu mencerminkan beliau seorang yang angkuh dan bercakap secara semberono.
"Kenyataan itu juga dibuat secara membuta tuli, tidak telus dan prejudis serta mendiskriminasi para pemandu teksi di negara ini./Kosmo
Sunday, December 13, 2009
Hentikan Peperangan...
Walauapapun tujuannya, peperangan menyebabkan kematian dan kesengsaraan. Isteri kehilangan suami dan anak kehilangan ayah. Tidak kurang ramai juga yang cacat seumur hidup akibat terkena letupan senjata. Peperangan mengakibatkan peradaban sebuah negara yang dibina beratus tahun dengan titik peluh dan wang ratusan billion ringgit musnah sekelip mata. Semuga kita aman selamanya di bumi bertuah ini...
Facebook Punca Keputusan Teruk...

COLUMBUS - Pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kebimbangan guru-guru dan ibu bapa selama ini bahawa remaja yang kerap melayari laman web Facebook didapati bertambah teruk dalam peperiksaan, lapor sebuah akhbar semalam.Kesimpulan tersebut berdasarkan satu kajian di AS yang mendapati pengguna-pengguna Facebook yang kerap meluaskan bilangan kenalan, menyertai kumpulan atau berkomunikasi dengan pelayar lain melibatkan masa yang banyak."Kajian kami menunjukkan mereka yang meluangkan banyak masa melayari Facebook kurang mengulangkaji pelajaran," kata seorang penyelidik dari Jabatan Pendidikan Universiti Negeri Ohio, AS.Menurutnya, terdapat pelajar yang mengulang kaji pelajaran mereka kurang sejam dalam seminggu kerana terlalu sibuk melayari Facebook.
Kajian di AS itu melibatkan soal selidik terhadap 219 pelajar pengajian tinggi mengenai amalan ulang kaji dan masa yang diluangkan untuk melayari Facebook. - Agensi
Saturday, December 12, 2009
Ayat Power Karam Sing Walia

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi bagus)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!
Thursday, December 10, 2009
Pengetua, guru besar diberi kuasa pecat guru
Pengetua atau guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat guru di sekolah mereka pada masa depan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika memberitahu Dewan Rakyat semalam berkata, perkara itu akan dipertimbangkan dalam usaha kementerian untuk merevolusikan sistem pendidikan negara. Selain itu, kementerian turut mewujudkan ba’iah baru untuk membawa perubahan yang dapat memberi kecemerlangan kepada sekolah-sekolah. “Sekiranya pengetua atau guru besar ‘perform’, beliau akan mendapat ganjaran, tidak semestinya dalam bentuk kenaikan pangkat atau gaji. Ganjaran itu bergantung kepada kegigihan pengetua atau guru besar berkenaan dalam melakukan perubahan di sekolah mereka. “Kemungkinan suatu hari nanti mereka boleh lakukan hire and fire. Mereka dapat menentukan siapa atau guru mana yang berdedikasi untuk membantu mereka menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran di Parlimen. -Kosmo
Wednesday, December 9, 2009
Pengangkutan Awam....
Pemandu pengangkutan awam yang nampak telah berumur mungkin dalam lingkungan 68 tahun ke bawah atau keatas.
Keadaan bas yang uzur dan mungkin telah berkhidmat selama 30 tahun ke atas.Thursday, December 3, 2009
Pijak Gambar...
Perbuatan yang tidak boleh dicontohi oleh seluruh kanak-kanak, pelajar, remaja, belia hingga kepada orang dewasa sekali pun. Sebagai seorang guru, sangat bimbang melihat fenomena ini. Bimbang jika pelajar yang tidak berkenan kepada seseorang guru, akan mengambil pendekatan yang sama seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ini. Friday, November 27, 2009
Majlis Tahlil Bersama Ketua Menteri Sabah.
Merakamkan gambar kenangan bersama Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah, Y.B. Datuk Haji Zakaria Haji Mohd. Edris Adun kawasan Gum-Gum dan Datuk Pangeran Abdul Rahman.
Majlis tahlil di Dewan Sri Gomantong dan kelihatan ahli-ahli keluarga turut hadir untuk menyerikan majlis...
Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah berserta rombongan tiba di perkarangan Dewan Sri Gomantong....Adi dan Ayah atau Afi dan Abah...?
Adi dan Ayah Opening
AFI Dan ABAH





