Friday, June 5, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa

Sambutan Hari Guru 2009
Peringkat Sekolah.....

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

USMAN AWANG-1979

Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah SK. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan diadakan pada 28 Mei 2009. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Guru dengan kerjasama PIBG sekolah. Pelbagai acara telah diadakan bersempena dengan sambutan perayaan tersebut dan ianya menyerikan lagi majlis. Walau bagaimanapun terdapat satu acara yang dilihat begitu bertenaga dan bersemangat iaitu persembahan Koir "Kami Guru Malaysia" yang dipimpin oleh cikgu Mohd. Khairil.

Bunga telur dari guru untuk guru....

Si comel menyanyikan lagu.....(pop)


Barisan guru berdiri tegak untuk sama-sama menyanyikan lagu NegaraKu


Merekalah putra putri negara......


Kelihatan guru besar sedang mengatakan sesuatu kepada YDP PIBG...



Acara potong pulut kuning oleh guru besar, YDP PIBG dan pengerusi Kelab Guru.


Acara potong kek oleh guru besar dan penolong-penolong kanan (maaflah tak nak tengok tukang gambar pasal dorang ni pemalu sikit.....)


Inilah antara guru-guru dan ustaz serta ustazah yang sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakang kepada sekolah..


Amboiii........ senangnya hati dapat hadiah tapi yang tak dapat tu janganlah kecil hati..

Biasalah bila dah selesai majlis guru-guru bersantai dan borak-borak kejap, pasal esokkan dah nak cuti....Tak sabar rasanya nak jumpa isteri tersayang kat kampong maklumlah dah berbulan berada di tempat orang.....Sedih juga tapi itulah guru.


Awas!!... pelajar tahun 1 ni dah mula penat dan bosan...


Antara hadiah untuk guru-guru........

Hari Guru Tahun 6 Bijak.....

Sambutan Hari Guru
Dari Kelas Tahun 6 Bijak.....

Pada 26 Mei 2009 kelas Tahun 6 Bijak membuat sambutan ringkas Hari Guru. Pada mulanya malas juga nak buat majlis tu pasal banyak kerja nak di selesaikan tambahan pula cuti semester dah nak bermula. Tapi kesian juga tengok dorang dengan muka sedih tu dan akhirnya saya mengalah.... Tapi seronok tengok wajah-wajah gembira dan ceria mereka pada waktu tu...


Kek Hari Guru Kelas Tahun 6 Bijak..

Sebiji kek tak cukup untuk seramai 40 orang, kenalah 2 biji kek...


Inilah murid-murid kesayangan saya...

Cerianya tapi UPSR jangan lupa.......

Thursday, May 21, 2009

Rekod Pertama "Ukir Jalur Gemilang"

Saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman, pahit manis perjalanan dalam usaha mencipta rekod "Ukir Jalur Gemilang" terbesar di Malaysia yang berukuran 6 x 11 meter. "Ukir Jalur Gemilang" ini merupakan rekod saya yang pertama dan tersenarai sebagai rekod oleh Malaysia Book Of Records. Pengalaman-pengalaman ini diharap dapat meningkatkan kekuatan dan dapat meningkatkan motivasi diri dalam kita menghadapi dunia ini yang penuh dengan cabaran.

Pemandangan asal tebing bukit Sim-Sim Sandakan
sebelum kerja-kerja mengukir Jalur Gemilang dilakukan.

Memang telah lama hasrat untuk melakukan sesuatu pada tebing tersebut tersirat, tapi tidak terlaksana hinggalah pada bulan Julai 2003. Pada masa itu hanya tinggal tiga bulan lagi pemimpin Negara nombor satu akan bersara iaitu Mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab sepenuhnya didalam membakar semangat rakyat Malaysia khususnya para belia, untuk melakukan sesuatu yang boleh meletakkan Malaysia pada mercu yang boleh dibanggakan.

Mendapatkan sokongan daripada beberapa pihak khususnya dari Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman.

Projek ini juga mendapat kebenaran dan sokongan daripada Ketua Menteri Sabah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman merangkap Menteri Kewangan Sabah pada 18hb September 2003, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan pada 21hb Ogos 2003, Polis Diraja Malaysia Sandakan En. Shajian Bin Ali pada 20hb Ogos 2003, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia pada 17hb September2003 masa itu ialah Dato Hisammuddin Tun Hussein, Pemungut Hasil Tanah Sandakan pada 05hb Ogos 2003 En. Gideon Gohulu, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan pada 07hb Ogos 2003 En. Rahim Bin Awang, Pemangku Penguasa Zon Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan En. Ariffin Bin Harris pada 05hb Ogos 2003, Jabatan Kerja Raya Sandakan dan Datuk Pengiran Haji Abdul Rahman Bin Datuk Seri Panglima Pengiran Digadong Haji Muhammad Galpam PGDK ASDK. Saya juga telah mendapat sokongan dan perangsang untuk menjadikan impian ini satu kenyataan daripada mantan Pengarah Pendidikan Sabah Allahyarham Datuk Dr. Hamdan Bin Mohammad dan apa yang sangat menyedihkan ialah beliau tidak dapat menyertai kejayaan usaha ini bersama-sama dan pergi ke rahmatullah buat selama-lamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, Amin.

Bergambar bersama buat kali yang terakhir dengan mantan Pengarah Pendidikan Sabah di pejabat beliau pada awal bulan Disember 2003.


Menerima Tunjuk Ajar Dan Latihan

Sangat berterima kasih kepada Pemangku Penguasa Zon Bomba Dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan En. Ariffin Bin Harris kerana telah memberi kepercayaan sepenuhnya untuk projek ini.Tanpa mengharapkan sesuatu beliau telah menyediakan seorang jurulatih iaitu En. Rajali dan beberapa orang kakitangan Bomba dan Penyelamat bertindak sebagai pemudah cara. Walau pun usaha mereka tidak sampai ke akhir projek tapi ianya sangat banyak membantu. Selepas seminggu menjalani latihan teknik penggunaan tali untuk mendaki rasa seperti tak sabar untuk memulakan projek.

Menerima taklimat ringkas daripada seorang jurulatih dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Zon Sandakan En. Rajali sambil diperhatikan oleh anak lelaki saya Mohd. Qays Nur Syafiq.

Mempelajari teknik memanjat menggunakan tali yang sangat asing buat saya pada masa itu sambil di perhatikan oleh jurulatih.

Setelah menjalani seminggu latihan saya mula dapat membiasakan diri dan bersedia memulakan latihan di lokasi.

Meninjau Lokasi


Menerima taklimat daripada Pegawai Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Sandakan En. Joe Supijoh di lokasi.

Bertukar pendapat tentang kesesuaian kawasan untuk kerja-kerja projek.

Buat pertama kali melakukan latihan peringkat akhir di lokasi.


Kali pertama turun di tebing bukit disangat mendebarkan namun semua perlu diatasi demi merialisasikan impian menjadi kenyataan.



Memohon Restu

Pada pagi jumaat penghulu kepada segala hari, doa dipohon untuk kesejahteraan dan keselamataan daripada yang maha Esa. Semoga semua yang dilakukan bermula dan berakhir dengan baik. Turut sama ketika itu ialah rakan seperjuangan.


Buat majlis doa selamat secara ringkas di lokasi.

Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sokongan mereka, kelihatan di sana cikgu Jamali, Ustaz Rahimi, Cikgu Fauziah, Cikgu Saliah dan cikgu Noraini.

Langkah Baru Bermula


Kerja-kerja mengukir baru bermula, walaupun perancangannya telah dirancang hampir setahun. Setiap hari selepas waktu mengajar antara jam 2.00 petang hingga 6.00 petang, merupakan jadual harian untuk kerja-kerja mengukir. Disinilah kali pertama saya dapat menguji dan mencabar kekuatan fizikal dan mental. Sangat jarang dan memang tidak berminat sebelum ini untuk saya ambil tahu sejauhmana kekuatan itu dan menganggapnya tidak penting.


Menjadi rutin harian untuk menggalas beban seberat hampir 30 kg dan mendaki pada ketinggian hampir 150 meter dari paras laut.


Melakukan persiapan dengan teliti kerana sedikit kesilapan akan membawa padah.




Menghabiskan masa selama setahun di atas tebing untuk kerja-kerja seperti ini.


Memastikan semuanya betul-betul bersedia.


Semua tindakan mesti berhati-hati apa yang penting tidak ada satu perkara yang boleh diremehkan.


Inilah permukaan tebing bukit secara dekat.


Tebing siap dilakar pada ogos 2003 dengan menggunakan tali sebelum kerja-kerja mengukir dilakukan.


Kerja-kerja mengukir terus dilakukan selepas 10 bulan berlalu iaitu pada julai 2004.


Letih yang amat sangat dan inilah cara untuk berehat ditepi tebing.

"Ukiran Jalur Gemilang" siap sepenuhnya pada 31 Ogos 2004

Tuesday, May 19, 2009

Kem Bestari Solat..

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT
SK. SRI TANJUNG PAPAT 2,
SANDAKAN, SABAH.

Kem Bistari Solat telah diadakan pada 16 Mei 2009 bersamaan hari sabtu dan bertempat di
dewan serbaguna Sk.Sri Tanjung Papat 2. Kem ini anjuran Panitia Pendidikan Islam dan fasilitatornya terdiri daripada guru-guru j-QAF dan guru-guru yang mengajar Pendidikan Agama Islam. Perlaksanaan Program Kem Bestari Solat ini untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Pelajar yang terlibat dala Program ini ialah pelajar dari tahun 1 hingga pelajar tahun 5. Apa yang membanggakan adalah dimana sambutan pelajar sangat menggalakkan.
Mereka adalah mutiara dan permata negara .......


Ustazah Murni sedang menyampaikan ilmu kepada pelajar dalam LDK beliau


Pelajar perempuan ni kata " tudung saya basah...." bila ditanya kenapa tak pakai tudung...

Semoga usaha ini sentiasa berterusan sampai bila-bila, demi agama, bangsa dan negara.

Friday, May 15, 2009

Kerana Mu Guru......

Sempena hari guru ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak terhingga. Kerana jasa dan budi mu guru kami berada dilandasan hidup sebenar.

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Guru..

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya......... Sikecil ini dibimbing untuk saling menghargai, saling hormat menghormati, saling sayang menyayangi. Mereka inilah permata negara, pelapis agama bangsa dan negara. Seperti mana kita semai, begitulah yang akan kita tuai.... Salam kepada seluruh warga pendidik di Malaysia, " Selamat Hari Guru ".

Pertandingan Kawad Di Kota Merudu Kudat.

Pagi selasa 12 Mei 2009, pasukan unit beruniform pengakap bersiap sedia untuk bertolak ke Kota Merudu Kudat untuk menyertai pertandingan kawad peringkat negeri. Seramai 35 orang pelajar perempuan ini akan menyahut cabaran dengan semangat "yakin boleh" dan "Papat 2 Boleh". Pertandingan yang akan bermula pada 13 Mei 2009, bertempat di Kota Merudu Kudat merupakan tempat penentuan untuk ke peringkat kebangsaan. Pasukan yang berjaya akan berpeluang menyertai pertandingan kawad peringkat kebangsaan di Seremban Negeri Sembilan. Untuk sejarah Sk. Sri Tanjung Papat 2 pernah mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan tahun 2008 di Kelantan.

Taklimat dan amanat terakhir dari Guru Besar sambil diperhatikan oleh Pengurus juga jurulatih kawad En. Jainul Abdul Gapar.


Pergi berjuang dengan harapan dan doa yang disempurnakan oleh Ustaz Badru juga merupakan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah.

Pergi untuk berjuang......

Pergi untuk menang!!! Semoga berjaya...

Sunday, May 10, 2009

Menanam Pokok Gaharu....


Majlis ringkas menanam pokok Gaharu oleh pihak pentadbir dan guru-guru
sekolah SK. Sri Tanjung Papat 2, Sandakan, Sabah.

Penanaman 20 pokok Gaharu dimulakan sesara rasminya oleh
Guru Besar sekolah dan di ikuti oleh penolong kanan dan
guru-guru.

Nak posing atau nak tanam pokok !!....

Penanaman pokok Gaharu merupakan kempen oleh kerajaan negeri Sabah dan ditanam oleh semua peringkat sama ada jabatan negeri atau persekutuan.