Friday, July 31, 2009

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi...

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO
BAHAGIAN P. 185 BATU SAPI KALI KE 6
SANDAKAN, SABAH.
Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO Malaysia
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn yang diadakan pada 26 Julai 2009 bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.

Sebanyak 151 cawangan yang berada dalam bahagian Batu Sapi dan telah menghantar antara 2 hingga 6 orang perwakilan cawangan. Saya sendiri berada dalam cawangan Karamunting Baru Sandakan dan mesyuarat berakhir pada pukul 5.00 petang.

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra sambil merakamkan gambar sebagai kenangan bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin. Perjuangan seperti ini perlu diteruskan demi kelangsungan bangsa Melayu di buminya sendiri. Biarkan mereka mencemuh dan biarkan mereka mencerca, demi agama , bangsa, dan negara. Bersama kita rempuh dalam satu ikatan perpaduan dan bergerak dalam satu barisan.

Selamat Hari Pahlawan

Perjuangan Yang Belum Selesai..........
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari melihat bangsa ku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah bererti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan
menganguk dan membenarkan
kerana sekali pun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukan sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankan mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?
Dimanakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya mereka yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Monday, June 22, 2009

Rekod Ketiga "Meluncur Menggunakan Inline Skates Tanpa Henti"

Rekod ketiga saya ialah "Meluncur Menggunakan Inline Skates Tanpa Henti"dan berjaya dicatatkan ke dalam Malaysia Book Of Records. Projek rekod ini telah dilakukan bertempat di Kompleks Karamunsing Kota Kinabalu Sabah, pada 22 Ogos 2007 masa 10.15 pagi hingga 23 Ogos 2007 masa 1.30 pagi. Percubaan untuk rekod ini telah berjaya dilakukan selama 15 jam tanpa henti.

Sedang bersiap untuk latihan di jalan lintas Batu Sapi Sandakan yang menjadi rutin harian saya sebagai menambahkan kemahiran menggunakan inline skates yang dulunya adalah sangat asing buatsaya....

Mereka ini ialah kawan-kawan saya semasa hendak bermain hoki ais di Sunway Piramit Kuala Lumpur, yang ditengah itu ialah jurulatih saya.....

Ketika menjalani latihan di kompleks sukan Sandakan.

Bergambar bersama-sama dua orang jurulatih dan beberapa orang pelajar inline skate bertempat di Taman Bukit Kiara Kuala Lumpur...

Selepas ini kami akan skates sekitar kawasan Tun Sulaiman, memang seronok dapat melakukan aktiviti skates pada waktu malam....

Projek rekod ini telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak dan termasuklah dari Kementerian Belia dan Sukan pada masa itu menterinya ialah Datu Masidi Manjun.....

Ketika di temuramah oleh wartawan The Star di kedai pameran Skateline Sdn. Bhd. penaja utama peralatan skates.

Bersambung......

Friday, June 12, 2009

Rekod Kedua "Berjalan Di Atas Eskalator Tanpa Henti"...

"Berjalan Di Atas Eskalator Tanpa Henti Selama 17 Jam 20 Minit" merupakan rekod saya yang ke dua dan telah disenaraikan sebagai rekod ke dalam Malaysia Book Of Records. Rekod ini telah berjaya dilakukan pada 30 Ogos 2005 bertempat di Centre Points Sabah di ibu negeri Kota Kinabalu. Sasaran awal rekod ini ialah 16 jam sahaja tetapi untuk berjaya sampai pada malam ambang kemerdekaan tepat jam 12 malam maka saya terpaksa mengambil lebih masa iaitu 17 jam 20 minit. Ucapan jutaan terima kasih kepada Mayor Kota Kinabalu Datuk Iliyas Ibrahim, kerana sudi datang seawal jam 5.30 pagi dilokasi untuk tujuan perasmian. Projek rekod ini bermula pada 30 Ogos 2005 jam 6.00 pagi dan berakhir pada 31 Ogos 2005 jam 12.00 malam.

Semasa sesi akhir latihan, untuk membiasakan diri dengan pergerakan eskalator.

Inilah senarai pihak yang memberi sokongan dan sebagai penaja untuk menjayakan projek rekod ini.

Pada 30 Ogos 2005 jam 5.55 am saya bersedia untuk dilepaskan oleh Mayor Kota Kinabalu.

Tepat jam 6.00 am saya dilepaskan dan saat itu kiraan jam untuk rekod pun bermula.

Beginilah suasananya diawal pagi...

Melangkah dengan azam dan misi untuk meningkatkan nilai patriotik pada seluruh warga Malaysia.

Pembidang mini yang saya lekat pada baju saya..



Saya ada masa selama sepuluh minit selepas berjalan selama empat jam, untuk makan dan minum serta meletakkan ais pada kaki untuk mengurangkan ketegangan otot yang dilakukan oleh seorang sukarelawan bulan sabit merah.


Sokongan isteri dan ahli keluarga yang turut sama berada di lokasi begitu bermakna pada saya untuk meningkatkan azam dan sebagai motivasi diri.

Apa yang saya lakukan hari ini merupakan rintisan "Yakin Boleh" untuk generasi akan datang demi suatu bangsa yang terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Akhirnya atas sokongan semua pihak, saya berjaya mencatatkan rekod "Berjalan di atas eskalator tanpa henti" dengan catatan selama 17 jam 20 minit. Projek rekod ini berakhir pada 31 Ogos 2005 pada jam 12.00 malam diambang bulan kemerdekaan.

Ini wajah anak bongsu saya, beliau pengsan selepas mandi awal pagi keesokan harinya 01 September 2005. Kenangan tersebut sangat sukar untuk dilupakan tapi alhamdulillah beliau selamat...

Keratan Akhbar







Tuesday, June 9, 2009

Sabah Tea...

Sabah Tea berada selepas satu jam perjalanan dari Ranau, selepas tu kena masuk lagi ke dalam ladang jarak lebih kurang dua puluh minit menaiki kenderaan. Suka diingatkan jalan ke dalam ladang tu jalan tidak berturap. Pergi ke Sabah Tea, bukan apa pasal seumur hidup ni tak pernah lagi pegang daun dan pokok teh. Pergilah ke sana walau sekali, bukan untuk kita tetapi untuk anak-anak kita. Orang kata jalanlah selagi awak larat, bila dah tak larat semuanya dah terlambat.

Selamat datang ke Sabah Tea....

Pemandangannya membuatkan minda kita tenteram seketika.

Nak posing punya pasal, panas pun panaslah!
Bersantai sambil menikmati teh segar....


Satu jag teh ni RM10 + tax RM1 = RM 11

Dorang ni seronok tak alang-alang pasal lepas tu belum 30 minit perjalanan pulang semuanya kompom tidur dalam kereta....

Membakut...

Membakut terletak tak jauh dari Beaufort, lebih kurang dua puluh minit perjalanaan sebuah kenderaan. Membakut tak banyak yang boleh diceritakan. Pekan ini terbahagi kepada dua iaitu pekan Membakut Lama dan pekan Membakut Baru. Dari segi pengangkutan, suatu masa dahulu keretapi merupakan jenis pengangkutan yang utama di pekan ini.

Pekan Membakut Lama terdiri daripada bangunan-bangunan lama.

Tamu pekan Membakut

Harga buah-buahan di sini lebih murah berbanding dengan harga ikan.

Monday, June 8, 2009

Beaufort...

Beaufort suatu terkenal dengan limaunya yang manis, sehinggakan mercutanda pekan tersebut ialah replika limau manis pada pintu masuk ke pekan Beaufort. Walaupun begitu pekan ini sering dilanda banjir. Mengikut cerita masyarakat setempat, baru-baru ini Beaufort telah dilanda banjir yang paling buruk dalam sejarak pekan tersebut. Dan kata mereka semuanya berpunca daripada sungai Padas yang semangkin cetek.

Kami berada di pasar besar Beaufort.

Inilah limau manis.

Sudut menarik antara bangunan lama yang masih terdapat di sana...

Walaupun banyak bangunan baru namun yang lama masih dikekalkan.

Inilah antara kehidupan harian masyarakatnya.