Semua orang di Malaysia suka makan sate,
seperti saya...........he he he

Bergambar beramai-ramai dengan pelajar 6 Bijak, sempena hari jadi saya yang ke 44.........nak kata gembira tak juga pasal umur kita tiap tahun akan berkurang bukannya bertambah. Umur tu dibagi pinjam saja lepas tu dipulangkan semula.........Apa pun terima kasihlah kepada pelajar dan kekawan yang memberi ucapan hari jadi, semoga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....AminSuasana dalam bot tak sunyi lebih-lebih lagi bila ada seorang dua guru-guru yang mempunyai bakat sebagai Tok Dalang atau tukang cerita. Keadaan menjadi riuh rendah dengan berbagai cerita dan antara ceritanya ialah bagaimana nak tahu perbezaan antara buaya darat dengan buaya laut.............. hehehe... cikgu-cikgu fikirlah sendiri !
Inilah jeti menuju ke sekolah SK. Pulau Sanghai, tapi menurut orang kampong pulau ini bukanlah pulau Sanghai. Tetapi kenapa pula sekolah ini diberinama sempena nama Pulau Sanghai, nama pulau ini ialah Pulau Trunglit.
Inilah pemandangan di hadapan pulau Trunglit...
Inilah sebenarnya Pulau Sanghai yang terletak hanya bersebelahan dengan Pulau Trunglit.

Pintu utama sebelum masuk ke sekolah SK. Pulau Sanghai dan sekolah ini telah menjangkau usia hampir 30 tahun....
Kami akan berada di sini selama 3 hari dan berakhir pada 10 Sept 2009
Kelihatan sebahagian daripada 20 orang calon UPSR... Inilah saat yang ditunggu-tunggu iaitu balik ke bandar Sandakan. Dengan berbekalkan ikan Kerapu yang segar dan masih hidup lagi. Banyak kenangan yang menarik selama kami di sini khususnya kepada mereka yang tidak biasa dengan suasana kehidupan di laut. Apapun kami sangat-sangat berterima kasih kepada orang kampong dan guru-guru sekolah ini yang begitu perihatin dan peramah sehinggakan kami rasa tidak terasing...........Terima kasih sekali lagi.
Salam Kemerdekaan yang ke 52 untuk seluruh warga Malaysia dan warga pendidik khususnya. Perjuangan kita semuanya berbeza, cara dan bagaimana. Namun hasrat adalah satu hanya untuk memelihara perjuangan bangsa agar terus gah dimata dunia. Agar mereka tahu besarnya jiwa anak bangsa di bumi Malaysia. Agar mereka tahu dulu anak bangsa ini adalah pedagang, pelaut dan penakluk terkemuka. Bangsa yang banyak onak dan duri yang dilalui pasti akan menjadi bangsa yang Cemerlang, Gemilang , dan Terbilang........untuk selama-lamanya.
Sebanyak 151 cawangan yang berada dalam bahagian Batu Sapi dan telah menghantar antara 2 hingga 6 orang perwakilan cawangan. Saya sendiri berada dalam cawangan Karamunting Baru Sandakan dan mesyuarat berakhir pada pukul 5.00 petang.
Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra sambil merakamkan gambar sebagai kenangan bersama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin. Perjuangan seperti ini perlu diteruskan demi kelangsungan bangsa Melayu di buminya sendiri. Biarkan mereka mencemuh dan biarkan mereka mencerca, demi agama , bangsa, dan negara. Bersama kita rempuh dalam satu ikatan perpaduan dan bergerak dalam satu barisan. Sedang bersiap untuk latihan di jalan lintas Batu Sapi Sandakan yang menjadi rutin harian saya sebagai menambahkan kemahiran menggunakan inline skates yang dulunya adalah sangat asing buatsaya....
Mereka ini ialah kawan-kawan saya semasa hendak bermain hoki ais di Sunway Piramit Kuala Lumpur, yang ditengah itu ialah jurulatih saya.....
Ketika menjalani latihan di kompleks sukan Sandakan.
Bergambar bersama-sama dua orang jurulatih dan beberapa orang pelajar inline skate bertempat di Taman Bukit Kiara Kuala Lumpur...
Selepas ini kami akan skates sekitar kawasan Tun Sulaiman, memang seronok dapat melakukan aktiviti skates pada waktu malam....
Projek rekod ini telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak dan termasuklah dari Kementerian Belia dan Sukan pada masa itu menterinya ialah Datu Masidi Manjun.....
Ketika di temuramah oleh wartawan The Star di kedai pameran Skateline Sdn. Bhd. penaja utama peralatan skates.
Bersambung......
"Berjalan Di Atas Eskalator Tanpa Henti Selama 17 Jam 20 Minit" merupakan rekod saya yang ke dua dan telah disenaraikan sebagai rekod ke dalam Malaysia Book Of Records. Rekod ini telah berjaya dilakukan pada 30 Ogos 2005 bertempat di Centre Points Sabah di ibu negeri Kota Kinabalu. Sasaran awal rekod ini ialah 16 jam sahaja tetapi untuk berjaya sampai pada malam ambang kemerdekaan tepat jam 12 malam maka saya terpaksa mengambil lebih masa iaitu 17 jam 20 minit. Ucapan jutaan terima kasih kepada Mayor Kota Kinabalu Datuk Iliyas Ibrahim, kerana sudi datang seawal jam 5.30 pagi dilokasi untuk tujuan perasmian. Projek rekod ini bermula pada 30 Ogos 2005 jam 6.00 pagi dan berakhir pada 31 Ogos 2005 jam 12.00 malam.
Inilah senarai pihak yang memberi sokongan dan sebagai penaja untuk menjayakan projek rekod ini.
Pada 30 Ogos 2005 jam 5.55 am saya bersedia untuk dilepaskan oleh Mayor Kota Kinabalu.
Tepat jam 6.00 am saya dilepaskan dan saat itu kiraan jam untuk rekod pun bermula.
Beginilah suasananya diawal pagi...
Melangkah dengan azam dan misi untuk meningkatkan nilai patriotik pada seluruh warga Malaysia.
Pembidang mini yang saya lekat pada baju saya..

Saya ada masa selama sepuluh minit selepas berjalan selama empat jam, untuk makan dan minum serta meletakkan ais pada kaki untuk mengurangkan ketegangan otot yang dilakukan oleh seorang sukarelawan bulan sabit merah.
Sokongan isteri dan ahli keluarga yang turut sama berada di lokasi begitu bermakna pada saya untuk meningkatkan azam dan sebagai motivasi diri.
Apa yang saya lakukan hari ini merupakan rintisan "Yakin Boleh" untuk generasi akan datang demi suatu bangsa yang terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Akhirnya atas sokongan semua pihak, saya berjaya mencatatkan rekod "Berjalan di atas eskalator tanpa henti" dengan catatan selama 17 jam 20 minit. Projek rekod ini berakhir pada 31 Ogos 2005 pada jam 12.00 malam diambang bulan kemerdekaan.
Ini wajah anak bongsu saya, beliau pengsan selepas mandi awal pagi keesokan harinya 01 September 2005. Kenangan tersebut sangat sukar untuk dilupakan tapi alhamdulillah beliau selamat...
| Powered By widgetmate.com | Sponsored By Digital Camera |