Sunday, February 28, 2010

Akar Pisang / bunga pisang-pisang

Nama Tempatan: Akar Pisang / bunga pisang-pisang
Nama Saintifik: Desmos chinensis Lour
Nama Lain: Akar kenanga, kenanga hutan,kenanga bangkok, akar pisang-pisang, pepisang, merpisang, pisang-pisang buku, tepang, pagar anak, akar sugi-sugi, akar sesugi, akar singga, sekenchong, sempoh barok, akar miriam, jari ayam, akar darah,Rungus,giring-giring, Dwarf ylang-ylang shrub
Famili: Annonaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan hiasan di Halaman
Asal: Asia tenggara

Akar Ginseng Jawa

Nama Tempatan: Akar Ginseng jawa
Nama Saintifik: Talinum paniculatum Gaertn
Nama Lain: akar som jawa,akar som,akar songsong, akar ginseng, ulam ginseng, som jawa, kelesom(Taalinum triangulare wild),Turen shen,panicled fameflower root(inggeris),Talini paniculati Radix
Famili: Portulacaceae
Lokasi dijumpai: Lokasi gambar: seberang jaya pulau pinang
Asal: Amerika tropika

Himpunan Herba

Harap maaf kerja-kerja Himpunan Herba sedang dijalankan.....


Sunday, February 14, 2010

Valentine's Day - HARAM dalam Islam


Bersama Ustazah Siti Nor Bahyah dalam mengupas isu sambutan Valentine's Day yang diHARAMkan bagi umat Islam.

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baharu Cina 2010....

Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga Cina di Malaysia, semoga kita bersama-sama berusaha menjadi masyarakat yang sentiasa mendukung cita-cita dan hasrat negara kearah 1Malaysia.......Gong Xi Fa Cai.

Fenomena Alam.....

Fenomena Alam di depan rumah......

Bakal Cipta Rekod Bersama Jabatan Pelajaran Negeri Sabah....

Pertemuan pada 09 Februari 2010 dengan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah En. Muhiddin Yusin dan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Ir Datu Jamigul Hj. Datu Salin sebagai berjaya. Kata sepakat telah dicapai untuk sama-sama mencipta sejarah dalam usaha mencipta satu lagi rekod yang akan disenaraikan sebagai rekod ke dalam Malaysia Book Of Records. Jabatan Pelajaran Negeri Sabah akan berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk sama-sama merealisasikan impian rekod ini menjadi kenyataan. Apa yang diharapkan semoga usaha ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar, belia dan warga Malaysia amya. Untuk dapat meningkatkan nilai jati diri, semangat patriotik dan sentiasa bergerak ke depan demi Agama, Bangsa dan Negara. Berkenaan rekod yang bakal dicipta akan diumumkan kemudian......

Tuesday, February 2, 2010

Kelab Membaca Sinar Pintar Zon Sandakan....

Pertemuan Kelab Membaca Sinar Pintar Zon Sandakan telah diadakan di bilik mesyuarat Perpustakaan Wilayah Sandakan.Kelab ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 02 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sempena Pelancaran rasmi Festival Membaca 2008.

Sunday, January 31, 2010

Batu Terapung?

Di Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif, terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah. Di sana juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki) terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'.

Saturday, January 23, 2010

Membakut Fishing Lake

Membakut Fishing Lake terletak berhampiran dengan Membakut Lake Eco dan hanya lebih kurang 10 km dari pekan Membakut Baru.

Saturday, January 16, 2010

Tanjung Krubong Labuan

Chimney ini terletak di Tanjung Krubong, dan mempunyai ketinggian 106 kaki diperbuat daripada batu bata merah dan dipercayai ada hubungkait dengan perusahaan melombong arang batu di Labuan. Sebanyak 23,000 ketul bata merah telah digunakan dan ianya diimport dari England. Susunan batu bata pada binaan ini adalah tipikal dengan gaya British.

Ada Syarat Untuk Membeli Gula.....

SANDAKAN: Akibat kekurangan bekalan gula di daerah ini beberapa kedai runcit di sini telah mengenakan syarat kepada pengguna yang ingin membeli gula.

Friday, January 15, 2010

Gula naik, Terang Bulan juga naik...

Gula naik 20 sen sekilo tapi Terang Bulan naik 50 sen sekeping, harga asal RM 1.00 sekarang dah RM 1.50. Harga ini di sekitar Pasar Malam Sandakan, tak tau tempat lain.

" Allah "....

Bakal menggelirukan generasi akan datang
semoga semuanya belum terlambat.....

Sunday, January 10, 2010

Terima Kasih....

Shim Lawrence
Borneo Post....."Terima kasih!"

Friday, January 8, 2010

Malang Tidak Berbau...

Berhati-hatilah semasa berada di atas jalanraya, sebab kadangkala akibat dari kecuaian kita telah menyebabkan kecederaan kepada orang lain. Sikap mementingkan diri dan tidak memperdulikan pengguna jalanraya yang lain hanya akan mendatangkan musibah dan masalah kepada banyak pihak. Seperti yang berlaku kepada penunggang motor ini, beliau hampir-hampir hilang nyawa disebabkan oleh seorang pemandu kenderaan berat yang tidak menghargai nyawa orang lain. Kejadian ini berlaku di jalan Karamunting Sandakan.

Friday, January 1, 2010

Sungai Garama

Perjalanan sejauh hampir 60 km dari Beaufort ke sebuah resort di Sungai Garama yang lebih dikenali sebagai “Garama Base Camp”. Tempat ini menarik ialah persekitaran bakau dengan aliran sungai untuk menyusur ke dalam hutan bakau dan melihat sekumpulan “Proboscis Monkey”.

Thursday, December 31, 2009

Herald boleh guna perkataan ‘Allah’

Penerbit akhbar mingguan Herald dibenarkan untuk menggunakaan perkataan “Allah”, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Keputusan itu membatalkan larangan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas akhbar berkuat kuasa awal tahun ini.

Mahkamah membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu.

Penghakiman penting ini dilihat akan menggembirakan kira-kira 850,000 masyarakat Kristian Katolik negara ini.

Peguam bagi pihak Herald, Porres Royan memberitahu wartawan bahawa “mahkamah telah mengisytiharkan yang pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataaan Allah.” “Saya percaya kementerian akan patuh kepada keputusan mahkamah,” katanya.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said pula berkata, “saya difahamkan kementerian sudah pun membenarkan permit untuk tahun 2010.”

Permit semasa untuk menerbitkan Herald berakhir hari ini. Mengenai tindakan susulan, Kamaludin menambah beliau akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

Pada 16 Feb lepas, Uskup Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri, melarang beliau menggunakan istilah Allah dalam akhbar itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Pada 7 Jan lalu, Menteri Dalam Negeri meluluskan permit Herald dengan syarat penggunaan perkataan “Allah” dilarang dan perkataan ‘Terhad’ perlu dicetak di muka depan majalah tersebut iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian.

Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan “Allah” atas alasan keselamatan negara dan mengelak salah faham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.

Selamat Tahun Baru 2010

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada yang mengenali kami. Semoga kedatangan tahun baru ini bakal memberi harapan dan menambah sinar dalam hidup kita. Kita tinggalkan 2009 bersama dengan kelalaian dan kealpaan kita untuk terus melangkah kehadapan bersama dengan seribu kebaikan.

Wednesday, December 30, 2009

Tembakau atau Rokok....


APABILA menyebut tembakau, rata-rata di kalangan kita mengaitkannya dengan tabiat merokok. Hakikatnya,tembakau bukan sahaja tertumpu kepada tabiat merokok, malah menghisap cerut, paip dan mengunyah tembakau antara tabiat yang tidak dapat dipisahkan dari tembakau.

Membincangkan masalah tembakau, perkara utama yang sering dikaitkan ialah kesan negatifnya kepada kesihatan.

Meskipun ramai yang menyedari kesan buruk tembakau, namun masih terdapat sebilangan besar yang tidak mengendahkannya.

Secara global, dianggarkan tiga juta kematian di kalangan perokok berkaitan dengan tabiat merokok yang menyebabkan kanser.

''Antaranya ialah kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat merokok .

Selain itu, tabiat merokok juga antara faktor yang menyebabkan kanser pankreas, pundi kencing dan serviks.

Manakala di kalangan wanita, kesan merokok ini mendedahkan mereka kepada kanser buah dada dan rahim.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser (karsinogenik).

Merokok menyebabkan aterosklerosis, gangguan pada sistem jantung (kardiovaskular) dan saluran darah.

''Bahan-bahan nikotin pada rokok boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi) dan pembentukan plak .

Tekanan darah menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras dan meningkatkan kadar denyutan jantung kerana nikotin menyebabkan saluran darah menjadi sempit.

Apabila saluran darah mengecil, darah terpaksa mengalir lebih laju kerana tekanan tinggi.

''Sekiranya keadaan ini berterusan, saluran darah akan tersumbat dan akan menghalang bekalan darah sampai ke otak yang akhirnya menyebabkan strok (angin ahmar).

Biasanya, penyumbatan saluran darah ini berlaku pada saluran darah yang halus iaitu di bahagian organ-organ penting tubuh seperti otak, jantung dan buah pinggang.

Tabiat ini juga meningkatkan risiko penyakit pada paru-paru seperti penyakit kronik bronkitis, kronik pulmonari obstruktif, emfesema dan pneumonia.

''Kronik bronkitis yang terbentuk berbulan-bulan itu adalah iritasi daripada lapisan tersebut di mana kahak berkumpul hingga mengeluarkan darah .

Individu yang menghidap kronik bronkitis dapat dikenal pasti apabila batuk berkahak melebihi tiga bulan dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Hampir 70 hingga 80 peratus individu yang menghidap kronik bronkitis ini berpunca daripada tabiat merokok.

Selain kronik bronkitis, perokok juga terdedah kepada penyakit emfesema iaitu penyakit di mana paru-paru tidak berkembang dan pneumonia.

''Dalam paru-paru terdapat alveoli iaitu pundi paru-paru yang mengembang dan menguncup semasa proses pernafasan berlaku, sebaliknya sekiranya alveoli ini rosak proses ini tidak akan berlaku .
Sekarang semua kotak rokok tertera gambar-gambar penyakit yang mungkin perokok hadapi dalam jangka masa yang panjang. langkah kerajaan ini bertujuan memberi kesedaran kepada perokok tentang akibat merokok. kerajaan tak boleh memberhentikan penjualan rokok kepada orang ramai kerana ia adalah sebahagian besar pendapatan negara.


Macam mana kerajaan nak haramkan terus rokok.. jika pendapatannya sahaja sudah mencapai 100juta setahun pendapatan hasil cukai dan iklan, bayangkan kalau semua tak merokok rugi. Contoh dalam tahun 1990 sahaja perokok di Malaysia membakar lebih 1.7 bilion ringgit.

Tidak mustahil bagi perokok tegar yang menyatakan rokok itu adalah darah daging mereka untuk meninggalkan rokok. Ianya adalah mitos dari mulut mereka yang berpaksikan hawa nafsu, manakan tidak, jikalau begitu tentulah tiada orang yang sanggup meninggalkan tabiat merokok mereka. Walhal, ramai sahaja di kalangan umat manusia yang berjaya meninggalkan tabiat merokok mereka walau sudah berpuluh tahun mengambilnya. Yang penting adalah niat dan kemahuan. Andai para penagih dadah berjaya mengatasi masalah ketagihan inikan pula para perokok!. Tambahan pula, sudah berbagai-bagai teknik telah dicipta oleh mereka-mereka didalam bidang perbuatan untuk mengatasi masalah ketagihan rokok yang terbukti keberkesanannya. Hanya tinggal para perokok sahaja yang perlu mencarinya seperti kata pepatah “gayung tidak bersambut”.

Inilah kotak rokok terakhir saya yang saya simpan hampir 12 tahun yang lalu dan saya merupakan salah seorang perokok tegar suatu masa dahulu. Sangat bersyukur kerana dapat meninggalkan benda yang tidak menguntungkan kepada sesiapa dan ianya tidak mendatangkan kebaikan walau sedikit pun. Sukar untuk menghilangkan tabiat merokok lebih-lebih lagi selepas kita bersamanya selama 10 tahun. Tetapi alhamdulillah pada cuti sempena Maal Hijrah 1997 saya dapat meninggalkan terus rokok tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan, sebab ubat yang paling mujarab ada didalam hati kita. Berhentilah merokok sebelum kita tidak dapat merokok. Apa yang menyedihkan ialah rokok terus menjadi pertimbangan pihak kerajaan samaada memilih "keuntungan" atau "kesihatan rakyat" walaupun kita tahu kemudaratannya.

Tuesday, December 29, 2009

Pengemis oh Pengemis....

Kita menjadi serbasalah bila melihat situasi seperti ini, nak hulur atau nak lalu didepannya tanpa ada rasa apa-apa. Secara jujur perasaan semulajadi manusia adalah perasan belas dan ehsan ada pada setiap kita walaupun sekecil mana perasaan itu. Persoalannya sampai bila kita perlu menghulur dan apakah ianya dapat membantu merubah nasib malang yang telah ditentukan atau merupakan nasib ciptaan mereka semata-mata. Ada beberapa cerita yang perlu kita ketahui sebelum simpati kita dijadikan senjata oleh mereka.

Di lokasi ini seorang pengemis yang sudah tua, mungkin dalam lewat 50an dan berkopiah serta berjanggut berjaya ditangkap. Sebaik sahaja ditangkap, terus pakcik tua tadi merayu seperti OKU yang bisu supaya dilepaskan. Namun, tugas tetap tugas. Tiada rayuan yang akan dilayan sehingga siasatan selesai. Pengemis tua tadi dimasukkan ke dalam kenderaan saya untuk dibawa terus ke pejabat JKM Kuantan.

Setelah siasatan dilakukan, rupa-rupanya pengemis tua yang berkopiah itu adalah warga thailand dan beragama budha! Memang tak sangka, dan hasil mengemis pakcik tadi berjumlah lebih dari RM250. Hanya dengan berbekalkan kopiah sahaja!


pengemis yang ditahan seramai 4 orang dan hanya seorang yang benar-benar OKU iaitu cacat penglihatan. Paling menarik semalam ialah kehadiran seorang pemandu teksi ke pejabat JKM kerana ingin mengambil isterinya yang ditangkap kerana mengemis di bazar ramadhan. Kenapalah masih nak mengemis lagi sedangkan si suami bekerja sebagai pemandu teksi? atau adakah si suami turut serta?


Dalam operasi yang bermula pukul 7 pagi hingga 1 pagi itu, sebanyak 26 pengemis termasuk seorang warga asing rakyat China berusia 42 tahun ditahan ketika sedang mengemis di hadapan bangunan Stadhuys.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, 25 pengemis tempatan yang berusia lingkungan 30-an ditahan di sekitar kawasan tumpuan pelancong seperti Jonker Street, Pasar Besar Melaka Sentral dan Dataran Pahlawan.

Katanya, salah seorang daripada mereka ketika diperiksa menyimpan RM460 di dalam poket seluarnya.

''Ketika ditanya, lelaki tersebut mengaku wang berkenaan merupakan hasil kutipan pada hari berkenaan dan dia mampu memperoleh jumlah tersebut pada setiap hari hanya dengan mengemis di kawasan tumpuan pelancong.

''Hanya mengalami anggota fizikal yang cacat dan duduk di kaki lima di kawasan tumpuan pelancong, lelaki itu mengaku mampu memperoleh RM460 sehari dan jika dia berjaya mengutip secara konsisten, pendapatannya pada setiap bulan mampu mencecah RM14,000," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Monday, December 14, 2009

TEKSI ‘TANDAS’, NAZRI PERLU MINTA MAAF

KUALA LUMPUR - Letak jawatan portfolio teksi dan pengangkutan awam serta minta mohon maaf secara terbuka kepada pemandu teksi.

Demikian gesaan beberapa persatuan pemandu teksi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ekoran kenyataannya pada Isnin lalu yang melabelkan perkhidmatan teksi di negara ini lebih teruk daripada tandas.

Jurucakap persatuan-persatuan terlibat, Azmi Md. Yatim berkata, kenyataan celupar menteri itu tidak mencerminkan keadaan sebenar pemandu teksi dan ia tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang dianggap sebagai bapa.

"Walaupun beliau kata hanya segelintir pemandu teksi sedemikian tetapi kenyataan itu tetap menghina," katanya pada sidang akhbar pada Perhimpunan Bantahan dan Penyerahan Memorandum di Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras di sini semalam.

Turut bersama dalam majlis itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusoff Lahir dan Pengerusi Persatuan Pemandu-pemandu Kereta Sewa Melaka-KLIA-Melaka, Jefri Ibrahim.

Azmi yang juga Pengerusi Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia menjelaskan, keceluparan Mohamed Nazri itu mencerminkan beliau seorang yang angkuh dan bercakap secara semberono.

"Kenyataan itu juga dibuat secara membuta tuli, tidak telus dan prejudis serta mendiskriminasi para pemandu teksi di negara ini./Kosmo

Sunday, December 13, 2009

Hentikan Peperangan...

Walauapapun tujuannya, peperangan menyebabkan kematian dan kesengsaraan. Isteri kehilangan suami dan anak kehilangan ayah. Tidak kurang ramai juga yang cacat seumur hidup akibat terkena letupan senjata. Peperangan mengakibatkan peradaban sebuah negara yang dibina beratus tahun dengan titik peluh dan wang ratusan billion ringgit musnah sekelip mata. Semuga kita aman selamanya di bumi bertuah ini...

Facebook Punca Keputusan Teruk...


COLUMBUS - Pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kebimbangan guru-guru dan ibu bapa selama ini bahawa remaja yang kerap melayari laman web Facebook didapati bertambah teruk dalam peperiksaan, lapor sebuah akhbar semalam.Kesimpulan tersebut berdasarkan satu kajian di AS yang mendapati pengguna-pengguna Facebook yang kerap meluaskan bilangan kenalan, menyertai kumpulan atau berkomunikasi dengan pelayar lain melibatkan masa yang banyak."Kajian kami menunjukkan mereka yang meluangkan banyak masa melayari Facebook kurang mengulangkaji pelajaran," kata seorang penyelidik dari Jabatan Pendidikan Universiti Negeri Ohio, AS.Menurutnya, terdapat pelajar yang mengulang kaji pelajaran mereka kurang sejam dalam seminggu kerana terlalu sibuk melayari Facebook.
Kajian di AS itu melibatkan soal selidik terhadap 219 pelajar pengajian tinggi mengenai amalan ulang kaji dan masa yang diluangkan untuk melayari Facebook. - Agensi