Tentera Amerika Syarikat (AS) menurunkan benderanya
di Iraq, dalam satu upacara rasmi menjelang pengunduran mereka
dari negara ini setelah mendudukinya selama hampir sembilan tahun
berikutan serangan kontroversi untuk menggulingkan Saddam Hussein pada
Mac 2003.
Saturday, December 31, 2011
DAP kutuk tindakan letak kepala khinzir di hadapan masjid
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala khinzir di luar pintu Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Baharu.
Beliau berkata mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu diberkas dan diberi hukuman yang setimpal kerana tidak mempunyai sensitiviti agama.
"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini berhubung insiden sembilan kepala khinzir ditemui di hadapan pintu Masjid Al-Falah semalam.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor mahu pihak polis memberi keutamaan terhadap siasatan kes ini.
"Pada malam menjelang tahun baru ini insiden memalukan seperti ini tidak harus berlaku," katanya
Tuesday, December 27, 2011
Selamat Tahun Baru 2012
Selamat menyambut tahun baru kepada seluruh rakyat malaysia, rakan-rakan FB, rakan-rakan blogger, rakan-rakan seperjuangan. Marilah kita berganding bahu untuk merempuh 2012 dengan azam dan semangat yang baru.
Maaf dah lama tak update.........
Maaf dah lama tak update.........
Saturday, October 23, 2010
Festival busana: NGO, pelajar Islam kecam Rosmah
Sunday, October 10, 2010
Wednesday, September 8, 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga, kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada sahabat andai, saudara mara dan keluarga... Semoga dihari mulia ini kita sama-sama menerima limpah kurnia daripada yang maha Esa...Maaf Zahir dan Batin halalkan apa yang termakan dan terminum....
Monday, August 30, 2010
"Mengimbang Jalur Gemilang Tanpa Henti"
Wednesday, August 11, 2010
Thursday, August 5, 2010
Taman Warisan Jabatan Perhutanan Sabah
Inilah hutan simpan lipur yang berada di Ibu Pejabat Perhutanan Sandakan yang terletak 9 km perjalanan dari bandar.Hutan simpan lipur ini mempunyai keluasan lebih kurang 21.08 ekar yang perlu dijaga serta dipulihara untuk tujuan penyelidikan dan juga sebagai khazanah generasi akan datang. Kata-kata yang menjadi pegangan ialah "Hutan Kekayaan Kita Kini Dan Esok".Jalan masuk ke Taman Rusa dengan keluasan 0.4 hektar persegi dan telah ditubuhkan pada 1997 dengan jumlah hanya empat ekor rusa sebagai permulaan.Rusa yang telah dewasa akan dipindahkan ke Hutan Simpan Labuk.
Rusa atau lebih dikenali sebagai nama tempatannya Payau boleh dijumpai dikebanyakan hutan di Sabah. Penubuhan Taman Rusa ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat umum melihat rusa secara dekat dan dapat mempelajari hubungan habitat hidupan liar serta untuk menghargai kepentingan hutan dan kesannya kepada hidupan liar.Sunday, August 1, 2010
Saturday, July 31, 2010
RAKYAT MALAYSIA ANTARA 10 TERTINGGI MENGAMBIL ARAK DI DUNIA
Pelajar ini tidak menyedari bahawa dia sebenarnya sedang dieksploitasi, oleh pihak yang berkepentingan sebagai pengiklan mudah “Minuman Keras”. Kekeliruan jelas terbayang diwajah adik kecil ini bila dia tidak dibenar menggunakan baju ini semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah, sedangkan niat asal hanya untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan bola sepak terkemuka dunia.
Friday, July 30, 2010
Selamat Hari Pahlawan...
saya berharap mereka dapat menghargai
saat kesusahan dan keperitan pejuang negara
menuntut kemerdekaan.
Hanya dengan melihat sejarah
kita dapat merenung diri serta mengambil iktibar
dari malapetaka terhadap bangsa kita...
Ingatlah...
Bangsa yang tidak belajar daripada sejarah
akan didera dengan kesalahan
yang berulang-ulang..."
saat kesusahan dan keperitan pejuang negara
menuntut kemerdekaan.
Hanya dengan melihat sejarah
kita dapat merenung diri serta mengambil iktibar
dari malapetaka terhadap bangsa kita...
Ingatlah...
Bangsa yang tidak belajar daripada sejarah
akan didera dengan kesalahan
yang berulang-ulang..."
Bangsa yang besar adalah bangsa yang menghargai jasa pahlawannya....
Pengendali Bot Bawah Umur....
Menuntut keprihatinan masyarakat khususnya ibu dan bapa agar tidak membiarkan anak-anak mereka pergi ke sekolah dengan menaiki bot yang dikendalikan oleh seorang budak yang berumur 13 tahun. Kita sebenarnya hanya mengundang padah bila bot yang melebihi muatan itu langsung tiada ciri-ciri keselamatan dan tiada seorang pun orang dewasa didalamnya.
Wednesday, July 21, 2010
Bas Terbabas di Sandakan...
Sunday, July 18, 2010
Anugerah Guru Patriotik 2010
Thursday, July 15, 2010
Saturday, June 26, 2010
Kerajaan ambil keputusan bijak tidak lulus lesen judi...

KUALA LUMPUR: Kerajaan akhirnya memutuskan bahawa Ascot Sports Sdn Bhd (Ascort Sport) tidak akan diberikan lesen bagi menjalankan operasi pertaruhan sukan.
Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi.
"Kerajaan mengambil keputusan tidak akan mengeluarkan lesen perjudian bolasepak kepada Ascot Sports Sdn Bhd. Keputusan itu disokong sepenuhnya oleh MT dalam mesyuarat malam ini.
Tuesday, June 22, 2010
Hari yang malang diawal persekolahan.....
Hari ini pada pukul 6.30 pagi seorang pelajar malang telah dirempuh oleh sebuah kenderaan dihadapan sekolah Sk. Sri tanjung Papat 2 Sandakan. Pelajar tahun empat ini pada mulanya berada dalam kumpulan rakan-rakannya dengan diawasi oleh pengawal keselamatan untuk menyeberang jalan. Tetapi secara tiba-tiba pelajar berkenaan bergerak bersendirian untuk menyeberang jalan tanpa menyedari sebuah kenderaan yang dipandu laju menuju ke arahnya. Akhirnya berlaku perlanggaran yang menyebabkan pelajar berkenaan terhumban sejauh hampir 10 kaki dihadapan tempat kejadian.
Pelajar berkenaan telah dikejarkan ke hospital oleh bapanya yang turut menyaksikan sendiri kejadian tersebut. Pemandu kenderaan merupakan seorang wanita telah dibawak ke balai polis bersama kenderaan tersebut untuk disoal siasat. Pelajar tersebut mengalami kecederaan parah terutama dibahagian kepala dan kini berada dipusat rawatan rapi ICU tanpa sedarkan diri.Saturday, May 22, 2010
Merentas 1Malaysia Menggunakan Inline Skates...
Tahun ini saya akan mencipta satu lagi rekod peribadi yang ke lima dan bakal disenaraikan ke dalam Malaysia Book Of Records iaitu "Merentas 1Malaysia Menggunakan Inline Skates" yang akan dianjurkan oleh Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah. Projek kali ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan penaja utama projek ini ialah Skateline Sdn. Bhd. Haluan perjalanan diubah daripada perancangan awal iaitu dengan menggunakan lebuhraya persekutuan dan bukan lebuhraya Utara Selatan Plus.Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru...
Sunday, April 25, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)












Selepas kerajaan tidak meluluskan lesen judi bola sepak piala dunia, lagi usaha mereka yang bergelar pemimpin yang mencadangkan dibuka sebuah kasino di kundasang Sabah.Cadangan itu disuarakan oleh MP Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah...

