Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Cikgu Harthono mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2009 kepada seluruh warga Malaysia khususnya kepada para pendidik dan pelajar. Semoga ditahun baru ini kita sentiasa berusaha untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan diantara kita. Demi sebuah bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah


Selamat menyambut tahun baru 1430 hijrah.
Marilah kita bangkit untuk bersatu dalam menentang musuh-musuh Islam. Jangan biar agama kita dihina dan dipersenda. Kepada umat Islam, marilah kita mulakan tahun baru dengan doa. Semoga kita semua selamat di dunia dan di akhirat.....Amin.

Thursday, December 25, 2008

Selamat Hari Krismas


Cikgu Harthono mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas
kepada seluruh warga Malaysia khususnya kepada warga pendidik
yang menyambut Krismas. Semoga perayaan ini
dapat mengekal dan meningkatkan perpaduan
di negara yang berbilang kaum
seperti Malaysia.

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua umat Islam. Kepada yang berada di tanah suci, semoga Selamat Pergi Dan Selamat Kembali dan mendapat Haji Mabrur. Dengan harapan agar Malaysia terus aman dan makmur serta rakyatnya sentiasa berusaha untuk terus bersatu.

Friday, December 5, 2008

Hari Jadi Syafiq


Selamat hari jadi untuk Syafiq...

Jamuan ringkas bersama keluarga.
Pada 30 November 2008, Syafiq menyambut hari jadinya yang ke 13. Semoga Syafiq sentiasa di rahmatiNya, panjang umur dan dimurahkan rezeki.


Saturday, November 29, 2008

Perjalanan Ke Bintulu Sarawak

Permulaan perjalanan kami ke Bintulu Sarawak.
Kami memulakan perjalanan pada 8 Disember 2007, dari Sandakan ke Kota Kinabalu dan bermalam di Membakut. Kami meneruskan perjalanan keesokan harinya ke Miri dengan jarak lebih kurang 300 km, kami bergerak dari membakut seawal pukul 7.00 pagi dan sampai di bandar Miri pada pukul 8.00 malam. Sebelum sampai ke Miri kami telah melalui beberapa buah bandar serta pekan seperti Weston, Mesapol, Sipitang dan Sindumin. Semasa berada sempadan Sarawak, bandar pertama kita akan temui ialah Lawas. Kemudian kami masuk ke sempadan Brunei, tidak sampai satu jam perjalanan kami keluar dan masuk semula ke sempadan Sarawak dan kami berada di Limbang Sarawak.
Beginilah pemandangan harian di Pasar Besar Limbang.
Selepas itu kami akan memasuki semula sempadan Brunei, semasa melalui negara Brunei jam telah menunjukkan pukul 5.00 petang. Bimbang juga sebab kami belum lagi sampai ke Miri sedang kan hari akan beransur gelap. Malang sekali semasa berada di Brunei, tayar kereta kami pecah di bahagian depan. Sukar juga sebab kami tiada sediakan wang Brunei ketika itu, mujurlah kami di bantu oleh seorang warga Brunei dengan memberitahu kami kedai tayar yang menerima wang Malaysia. Sebelum kami melepasi sempadan Brunei, kami di tahan oleh sebuah kereta polis peronda Brunei. Kami hampir disaman sebab menggunakan cermin kereta "tintet", ia menjadi kesalahan untuk di Brunei tetapi tidak bagi undang-undang JPJ Malaysia.
Kebetulan perjalanan kami akan melalui negara Brunei, kami
ambil kesempatan merakamkan gambar kenangan
di perkarangan sebuah masjid yang terdapat di bandar Seri Begawan.
Akhirnya kami sampai di Miri pada pukul 8.00 malam. Esoknya selepas bersarapan kami meneruskan perjalanan untuk ke Bintulu Sarawak. Perjalanan memakan masa hampir 6 jam dengan jarak lebih kurang 300 km. Sepanjang perjalanan kami memang sangat menyeronokkan, dengan pemandangan-pemandangan semulajadi dan pengalaman yang sukar dilupakan. Perjalanan melalui darat untuk sebuah percutian perlu dilalui oleh semua orang untuk menikmati erti perjalanan yang sebenar.

Ini ialah sebuah bangunan Dewan Persatuan yang terdapat di Miri.




Di hadapan perkarangan masjid di bandar Bintulu.

Thursday, November 27, 2008

Perjalanan Ke Gua Niah Sarawak


Perjalanan ke Gua Niah bermula dengan menyeberangi sungai ini.

Pemandangan yang sangat menarik kelihatan di
sepanjang perjalanan.
Ini ialah pintu masuk ke dalam gua dan kelihatan
sebuah rumah yang dibina hanya untuk tarikan pelancong
disamping terdapat cerita-cerita misteri yang membawa kepada terbinanya
rumah tradisi tersebut.
Pemandangan dari dalam gua, kelihatan sebuah pondok untuk
pengunjung beristirehat.

Kami berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Perjalanan ke Gua Niah Sarawak pada disember 2007 ini sebetulnya tidaklah dirancang, sebab perjalanan kami seterusnya ialah terus balik ke Miri dari Bintulu. Perlu diingat apa bila bercadang hendak ke Gua Niah, kita hendaklah menggunakan kasut yang sesuai dan menggunakan selipar atau sandal tidak dibenarkan sama sekali. Ini adalah demi keselamatan pengunjung itu sendiri, dengan permukaan yang licin di dalam gua akan menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku bila kita menggunakan selipar atau sandal. Pemandangan di sekitar gua batu kapur ini sangat menarik dengan tumbuh tumbuhan semulajadi dan bentuk muka buminya yang dipenuhi dengan bukit bukau batu kapur. Untuk pergi ke gua sebaik-baiknya biarlah berkumpulan, sebab tiada pembantu atau juru pandu yang akan menyertai kita. Apa yang penting, kita kenalah menjaga keselamatan diri kita sendiri agar selamat pergi dan selamat balik. Rasa-rasanya kami agak bertuah masa itu sebab bertembung dengan rombongan pengunjung dari Rembau Negeri Sembilan (juga dari kalangan guru). Masa itu hanya kami bertiga sahaja yang dibenarkan masuk ke gua, isteri dan dua lagi anak saya tidak dibenarkan sebab mereka menggunakan selipar. Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada rombongan dari Rembau Negeri Sembilan kerana membenarkan kami tumpang sekaki untuk sama-sama menghayati keindahan perjalanan ke Gua Niah Sarawak.

Memancing Suatu Aktiviti Yang Sihat

Mereka sedang mempelajari sesuatu yang baru

Syafiq dan Safwan memancing hingga ke petang....

Pengalaman pertama memancing memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah seperti ini. Memancing adalah suatu aktiviti riadah yang sangat berfaedah bagi menguji kemahiran, tinggi rendah nilai kesabaran dan turut mencabar kekuatan mental seseorang. Apa yang penting bagi usia dewasa seseorang, memancing boleh mengurangkan tekanan hidup yang serba mencabar. Juga boleh menghindarkan kita dari faktor-faktor kemurungan.

Sunday, November 23, 2008

Menyambut Hari Raya Aidilfitri Di Labuan


Ini ialah cucu kami yang pertama anak kepada anak buah kami dan si comel ini bernama Fahrin


Perjalanan ke Labuan untuk berhari raya, kami ke sana menggunakan perkhidmatan feri dari Menumbuk ke Labuan.

Pemandangan di tepi pantai Labuan.


Bergambar kenang-kenangan bersama keluarga di Labuan. Kami berhari raya tahun 2008 di Labuan selama 3 hari sahaja.

Perjalanan Ke Kota Kinabalu


Perjalanan kami dari Sandakan ke Kota Kinabalu pada 18 November 2008.Antara pemandangan menarik yang perlu dipelihara dan dikekalkan oleh rakyat Malaysia dan Sabah khasnya. Pemandangan puncak Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia. Semoga ianya dapat dikekalkan sebagai tatapan generasi akan datang.

Ini antara pemandangan disepanjang perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu.


Suasana damai di Kundasang, ia yang begitu dikenali sebagai tempat membeli sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pagoda yang terletak di Tuaran Sabah.

Friday, November 7, 2008

Hari jadi Teha

Kek hari jadi Teha
Selamat hari jadi....

Bersama adik-adik
Bergambar sekeluarga..

07 November 2008 ( Jumaat ) Sandakan, Sabah.

Teha sambut hari jadi hari ini 07 November dan hari ini Teha telah selesai menduduki exam PMR di SM Sung Siew.

Penyampaian Hadiah

Iqa bersama ibu di dewan Tadika Tai Tong

Bersama kawan-kawan

06 Noveber 2008 ( Khamis )
Dewan Tadika Tai Tong, Sandakan, Sabah.
Ada Majlis Penyampaian hadiah di Dewan Tadika Tai Tong, Iqa hanya menyaksikan perjalanan majlis tersebut. Iqa masih ada setahun lagi untuk berada di tadika tersebut.