Kami memulakan perjalanan pada 8 Disember 2007, dari Sandakan ke Kota Kinabalu dan bermalam di Membakut. Kami meneruskan perjalanan keesokan harinya ke Miri dengan jarak lebih kurang 300 km, kami bergerak dari membakut seawal pukul 7.00 pagi dan sampai di bandar Miri pada pukul 8.00 malam. Sebelum sampai ke Miri kami telah melalui beberapa buah bandar serta pekan seperti Weston, Mesapol, Sipitang dan Sindumin. Semasa berada sempadan Sarawak, bandar pertama kita akan temui ialah Lawas. Kemudian kami masuk ke sempadan Brunei, tidak sampai satu jam perjalanan kami keluar dan masuk semula ke sempadan Sarawak dan kami berada di Limbang Sarawak.
Beginilah pemandangan harian di Pasar Besar Limbang.
Selepas itu kami akan memasuki semula sempadan Brunei, semasa melalui negara Brunei jam telah menunjukkan pukul 5.00 petang. Bimbang juga sebab kami belum lagi sampai ke Miri sedang kan hari akan beransur gelap. Malang sekali semasa berada di Brunei, tayar kereta kami pecah di bahagian depan. Sukar juga sebab kami tiada sediakan wang Brunei ketika itu, mujurlah kami di bantu oleh seorang warga Brunei dengan memberitahu kami kedai tayar yang menerima wang Malaysia. Sebelum kami melepasi sempadan Brunei, kami di tahan oleh sebuah kereta polis peronda Brunei. Kami hampir disaman sebab menggunakan cermin kereta "tintet", ia menjadi kesalahan untuk di Brunei tetapi tidak bagi undang-undang JPJ Malaysia.
Kebetulan perjalanan kami akan melalui negara Brunei, kami
ambil kesempatan merakamkan gambar kenangan
di perkarangan sebuah masjid yang terdapat di bandar Seri Begawan.
Akhirnya kami sampai di Miri pada pukul 8.00 malam. Esoknya selepas bersarapan kami meneruskan perjalanan untuk ke Bintulu Sarawak. Perjalanan memakan masa hampir 6 jam dengan jarak lebih kurang 300 km. Sepanjang perjalanan kami memang sangat menyeronokkan, dengan pemandangan-pemandangan semulajadi dan pengalaman yang sukar dilupakan. Perjalanan melalui darat untuk sebuah percutian perlu dilalui oleh semua orang untuk menikmati erti perjalanan yang sebenar.
Ini ialah sebuah bangunan Dewan Persatuan yang terdapat di Miri.
Di hadapan perkarangan masjid di bandar Bintulu.
No comments:
Post a Comment