
"Berjalan Di Atas Eskalator Tanpa Henti Selama 17 Jam 20 Minit" merupakan rekod saya yang ke dua dan telah disenaraikan sebagai rekod ke dalam Malaysia Book Of Records. Rekod ini telah berjaya dilakukan pada 30 Ogos 2005 bertempat di Centre Points Sabah di ibu negeri Kota Kinabalu. Sasaran awal rekod ini ialah 16 jam sahaja tetapi untuk berjaya sampai pada malam ambang kemerdekaan tepat jam 12 malam maka saya terpaksa mengambil lebih masa iaitu 17 jam 20 minit. Ucapan jutaan terima kasih kepada Mayor Kota Kinabalu Datuk Iliyas Ibrahim, kerana sudi datang seawal jam 5.30 pagi dilokasi untuk tujuan perasmian. Projek rekod ini bermula pada 30 Ogos 2005 jam 6.00 pagi dan berakhir pada 31 Ogos 2005 jam 12.00 malam.

Semasa sesi akhir latihan, untuk membiasakan diri dengan pergerakan eskalator.
Inilah senarai pihak yang memberi sokongan dan sebagai penaja untuk menjayakan projek rekod ini.
Pada 30 Ogos 2005 jam 5.55 am saya bersedia untuk dilepaskan oleh Mayor Kota Kinabalu.
Tepat jam 6.00 am saya dilepaskan dan saat itu kiraan jam untuk rekod pun bermula.
Beginilah suasananya diawal pagi...
Melangkah dengan azam dan misi untuk meningkatkan nilai patriotik pada seluruh warga Malaysia.
Pembidang mini yang saya lekat pada baju saya..

Saya ada masa selama sepuluh minit selepas berjalan selama empat jam, untuk makan dan minum serta meletakkan ais pada kaki untuk mengurangkan ketegangan otot yang dilakukan oleh seorang sukarelawan bulan sabit merah.
Sokongan isteri dan ahli keluarga yang turut sama berada di lokasi begitu bermakna pada saya untuk meningkatkan azam dan sebagai motivasi diri.
Apa yang saya lakukan hari ini merupakan rintisan "Yakin Boleh" untuk generasi akan datang demi suatu bangsa yang terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Akhirnya atas sokongan semua pihak, saya berjaya mencatatkan rekod "Berjalan di atas eskalator tanpa henti" dengan catatan selama 17 jam 20 minit. Projek rekod ini berakhir pada 31 Ogos 2005 pada jam 12.00 malam diambang bulan kemerdekaan.
Ini wajah anak bongsu saya, beliau pengsan selepas mandi awal pagi keesokan harinya 01 September 2005. Kenangan tersebut sangat sukar untuk dilupakan tapi alhamdulillah beliau selamat...