Nabalu terletak lebih kurang 1 jam perjalanan sebelum sampai ke Kota Kinabalu ibu negeri Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Memang menjadi kebiasaan saya dan keluarga untuk singgah di Nabalu, kerana pemandangannya yang sangat menarik disamping dapat berehat setelah memandu hampir 5 jam dari Sandakan. Tambahan pula tempatnya yang berada hampir dengan gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia. Nabalu ada menyediakan pelbagai barangan kraftangan untuk dimiliki sebagai kenang-kenangan atau hadiah kepada seseorang. Apa yang penting kita dapat merasakan kesegaran udara gunung di sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment