Friday, September 25, 2009

Sate oh Sate.........

Semua orang di Malaysia suka makan sate,

seperti saya...........he he he

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini dihari baik dan bulan yang baik untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Kepada saudara mara dan keluarga, rakan-rakan seperjuangan, warga guru, warga Persatuan Pencipta dan Pemegang Rekod Sabah, warga Menara KL, petugas sukarelawan "Berdiri Di Puncak Menara KL", warga Centre Point dan Pan Pasific Kota Kinabalu, Warga Kompleks Karamunsing Kota Kinabalu, Sawit Kinabalu, Warga DBKK khususnya kepada Mayor Kota Kinabalu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Sabah, Yayasan Perdana Putrajaya, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah, Kementerian Belia Dan Sukan (Persekutuan) Sabah, Institut Kemahiran Belia Negara, Para Pemimpin Negara khususnya kepada Tun Dr. Mahathir, Warga RTM, Sandakan FM, Sabah FM, Selangor FM, Warga NSTP, New Sabah Times, Utusan Borneo, Daily Express, The Star, Berita Harian, Malaysia Book Of Records, warga Rainforist Discevery Centre (RDC), Warga KDP IP Gaya, Warga OUM SMP, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Zon Sandakan, kekawan dari Tagged, kekawan dari Facebook dan mereka yang mengenali saya dan keluarga. Halalkan apa yang termakan dan terminum, apa-apa yang boleh menyinggung atau mencuit perasaan. Sebagai insan lemah sekali lagi saya dan keluarga mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki............Salam Aidilfitri.
Suasana selepas sembahyang hari raya di perkarangan masjid Nurrur Rahman Taman Mawar Sandakan.

Wednesday, September 16, 2009

Berdiri Di Puncak Menara KL...

"Berdiri Di Puncak Menara Kuala Lumpur Tanpa Henti Selama 30 Jam" merupakan rekod solo saya yang ke 4 yang dibuat pada 23 hingga 24 Ogos 2008 bertempat di Menara Kuala Lumpur. Projek rekod ini anjuran Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah dengan kerjasama oleh pihak menara KL. Pada tahun 2008 saya bukan mencipta rekod, tetapi memecahkan rekod yang sebelum ini telah dipegang dan dicipta secara berkumpulan selama 24 jam. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada warga menara KL, para petugas dari Sabah juga dari Rembau Negeri Sembilan, jawatan kuasa PPPRS dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga khusus kepada isteri, anak-anak dan keluarga saya. Ketahuilah bahawa kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.
Latihan berdiri tanpa henti di Menara MPS Sandakan selama 8 jam...
Inilah sebahagian bandar Sandakan, gambar diambil semasa saya berada di Menara MPS Sandakan.


Tunggu cerita seterusnya........

Happy Birthday.......to me!

Bergambar beramai-ramai dengan pelajar 6 Bijak, sempena hari jadi saya yang ke 44.........nak kata gembira tak juga pasal umur kita tiap tahun akan berkurang bukannya bertambah. Umur tu dibagi pinjam saja lepas tu dipulangkan semula.........Apa pun terima kasihlah kepada pelajar dan kekawan yang memberi ucapan hari jadi, semoga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....Amin

Thursday, September 10, 2009

UPSR di Sk. Pulau Sanghai.....

Kami bertugas mengawas peperiksaan UPSR 2009 di Sk. Pulai Sanghai, dimana perjalanannya hanya mengambil masa selama lebih kurang 20 minit dengan menaiki bot penambang orang kampong berkenaan. Pulau Sanghai terletak di Sandakan Sabah, namanya memang selalu didengar tetapi inilah kali pertama saya ke sana. Jumlah penduduknya taklah ramai sangat dan pelajarnya hanya 100 lebih saja. Serta calon yang menduduki UPSR hanya 20 orang.

Inilah pemandangan indah yang
diambil pada jam 05.45 pagi di "jeti terbuka"
Batu Sapi.....
Suasananya berubah selepas jam 06.30 pagi
ramai yang telah datang untuk pergi ke destinasi
masing-masing,mereka ini adalah guru dan
mereka ini adalah pejuang agama, bangsa dan negara.
Inilah "Jeti Terbuka" Batu Sapi....
menurut orang kampong, dulu di sini ada jeti tapi
papan dan tiangnya telah dicuri oleh mereka
yang tidak bertanggungjawab.......
Senyum cikgu jangan tak senyum.........
seyuman tu banyak maknanya!
Antara pelajar yang akan menduduki UPSR..

Suasana dalam bot tak sunyi lebih-lebih lagi bila ada seorang dua guru-guru yang mempunyai bakat sebagai Tok Dalang atau tukang cerita. Keadaan menjadi riuh rendah dengan berbagai cerita dan antara ceritanya ialah bagaimana nak tahu perbezaan antara buaya darat dengan buaya laut.............. hehehe... cikgu-cikgu fikirlah sendiri !


Inilah jeti menuju ke sekolah SK. Pulau Sanghai, tapi menurut orang kampong pulau ini bukanlah pulau Sanghai. Tetapi kenapa pula sekolah ini diberinama sempena nama Pulau Sanghai, nama pulau ini ialah Pulau Trunglit.

Inilah pemandangan di hadapan pulau Trunglit...

Inilah sebenarnya Pulau Sanghai yang terletak hanya bersebelahan dengan Pulau Trunglit.

Pintu utama sebelum masuk ke sekolah SK. Pulau Sanghai dan sekolah ini telah menjangkau usia hampir 30 tahun....

Kami akan berada di sini selama 3 hari dan berakhir pada 10 Sept 2009
Kelihatan sebahagian daripada 20 orang calon UPSR...
Inilah saat yang ditunggu-tunggu iaitu balik ke bandar Sandakan. Dengan berbekalkan ikan Kerapu yang segar dan masih hidup lagi. Banyak kenangan yang menarik selama kami di sini khususnya kepada mereka yang tidak biasa dengan suasana kehidupan di laut. Apapun kami sangat-sangat berterima kasih kepada orang kampong dan guru-guru sekolah ini yang begitu perihatin dan peramah sehinggakan kami rasa tidak terasing...........Terima kasih sekali lagi.