
"Berdiri Di Puncak Menara Kuala Lumpur Tanpa Henti Selama 30 Jam" merupakan rekod solo saya yang ke 4 yang dibuat pada 23 hingga 24 Ogos 2008 bertempat di Menara Kuala Lumpur. Projek rekod ini anjuran Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah dengan kerjasama oleh pihak menara KL. Pada tahun 2008 saya bukan mencipta rekod, tetapi memecahkan rekod yang sebelum ini telah dipegang dan dicipta secara berkumpulan selama 24 jam. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada warga menara KL, para petugas dari Sabah juga dari Rembau Negeri Sembilan, jawatan kuasa PPPRS dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih juga khusus kepada isteri, anak-anak dan keluarga saya. Ketahuilah bahawa kejayaan ini adalah kejayaan kita semua.

Latihan berdiri tanpa henti di Menara MPS Sandakan selama 8 jam...
Inilah sebahagian bandar Sandakan, gambar diambil semasa saya berada di Menara MPS Sandakan.Tunggu cerita seterusnya........
No comments:
Post a Comment