Sunday, March 28, 2010

Air sisa pusat cuci kereta punca pencemaran, kanser

Kegiatan mencuci kereta menggunakan 'snow wash' di sekitar ibu kota berleluasa tanpa dilengkapi sistem aliran dan rawatan sisa air.


Air sisa basuhan daripada lebih 10,000 pusat cuci kenderaan yang dianggarkan beroperasi di negara ini, dikenal pasti antara punca pencemaran sumber air dan hidupan laut yang boleh menyebabkan kanser. Ia berikutan penggunaan 'snow wash' mengandungi bahan kimia Linear Alkylbenzenes (LABs) tanpa sebarang sekatan atau larangan, malah hampir 95 peratus daripada pusat cuci kenderaan langsung tidak dilengkapi sistem aliran dan rawatan sisa air, sebaliknya terus disalurkan ke longkang atau sungai.

Thursday, March 18, 2010

Ajaib : Sungai Dalam Laut

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Monday, March 15, 2010

Hina Nabi: Malaysia kutuk, mahu Sweden bertindak

Kerajaan Malaysia mendesak kerajaan Sweden bertindak terhadap tiga akhbar negara itu kerana menerbit dan menyiarkan semula karikatur Nabi Muhammad s.a.w. pada Rabu lepas.

Sunday, March 14, 2010

Maulidur Rasul Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 12 Mac 2010. Sambutan ini merupakan kemuncak acara sempena Minggu Pendidikan Islam peringkat sekolah. Antara objektif sambutan ini adalah untuk mengingati sirah dan perjuangan rasulullah s.a.w., dan merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid.
Pelajar perempuan kini berwajah baru dengan penampilan tudung berwarna putih......

Thursday, March 11, 2010

Kampong Muruk Ranau.....

Semasa dalam perjalanan untuk hantar Ibu Bapa balik ke Labuan kami singgah di Kampong Muruk Ranau. Tempat yang dikelilingi dengan dusun buah-buahan terutamanya buah durian dan berada hampir 16 km dari pusat pekan Ranau.

Monday, March 8, 2010

Alex disabotaj kot......

Wajarkah undi SMS dikekalkan?Banyak bukti telah dilihat bila SMS telah menggenepikan bakat besar seperti yang dimiliki oleh Alex, Raja Lawak yang berada ditempat ketiga. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Alex boleh ditewaskan oleh idlan yang serba-serbi tak kena hinggakan terpaksa dibantu oleh tiga orang juri dipersembahan akhir beliau.Atau sabotaj kot.....Apapun Alex tetap juara dihati peminat-peminatnya....Tahniah Kecik dan Alex....Sabah Boleh!!!

Saturday, March 6, 2010

Teh Susu, Karipap dan Nasi Lemak...

Kepada kekawan khususnya mantan guru-guru Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan, tak rindukah ngan hidangan ini? Inilah hidangan sarapan pagi kami, teh susu, 2 biji kuih karipap dan nasi lemak. Memang itulah setiap pagi, teh susu, karipap, nasi lemak...teh susu, karipap, nasi lemak.....tak banyak pilihan. Tapi kekurangan-kekurangan itulah yang membuatkan kita rindu ngan Sk. Sri Tanjung Papat 2. Tapi pembetulan, nasi lemak untuk sarapan pagi bukanlah menu saya sebenarnya tapi itu menu kegemaran kawan sebelah saya. Takut saiz pinggang mengembang.........

Friday, March 5, 2010

Bendera Tamadun Bangsa

Bendera dan panji-panji adalah sinonim dengan perasaan manusia. Sejak manusia kenal erti tamadun, bendera telah menjadi satu lambang yang penting untuk manusia menyerlahkan apa perasaan hatinya: bangga, marah, pilu, suka, geram, cemas, mahu menyerang, menerima takdir dan sebagainya. Kerana itu sejak zaman dulu lagi, kita dapati sesuatu bendera itu dianggap sebagai sehelai kain yang berkeramat sehinggakan bendera itu dijadikan lambang yang mempunyai unsur-unsur azimat.

Tetapi kini ia semakin tidak dihargai oleh bangsanya sendiri. Tiada lagi diungkap sebagai keramat, tiada lagi diguna sebagai azimat.