Saturday, May 22, 2010

Merentas 1Malaysia Menggunakan Inline Skates...

Tahun ini saya akan mencipta satu lagi rekod peribadi yang ke lima dan bakal disenaraikan ke dalam Malaysia Book Of Records iaitu "Merentas 1Malaysia Menggunakan Inline Skates" yang akan dianjurkan oleh Persatuan Pencipta Dan Pemegang Rekod Sabah. Projek kali ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan penaja utama projek ini ialah Skateline Sdn. Bhd. Haluan perjalanan diubah daripada perancangan awal iaitu dengan menggunakan lebuhraya persekutuan dan bukan lebuhraya Utara Selatan Plus.

Plus tidak dapat meluluskan permohonan penganjur untuk menggunakan lebuhraya Utara Selatan atas sebab faktor keselamatan. Tetapi akhirnya penganjur telah mendapat permit kebenaran daripada Pasukan Trafik Bukit Aman untuk menggunakan lebuhraya persekutuan dari Kangar Perlis dan berakhir di Johor Bahru Johor. Perasmian pelepasan JBSN Perlis dibuat pada 06 Jun 2010 dan dijangka tiba di Johor Bahru Johor pada 13 Jun 2010. Jarak perjalanan sejauh lebih kurang 800 km dan memerlukan masa selama 8 hari.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa projek dan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Di bawah ini ialah jadual dan laluan yang dijangka digunakan untuk projek rekod ini.

TARIKH --NEGERI --MULA --TAMAT --PERSINGGAHAN --JARAK

06 JUN 10 --Perlis --Kangar --Sungai Petani --Alor Setar --100 km

07 JUN 10 --Kedah --Sungai Petani --Kuala Sepetang --Nibung Tebal --100 km

08 JUN 10 --Perak --Kuala Sepetang --Teluk Intan --Pantai Remai --100 km

09 JUN 10 --Perak --Teluk Intan --Jeram --Sitiawan --100 km

10 JUN 10 --Selangor --Jeram --Lukut --Tanjung Karang --100 km

11 JUN 10 --N. Sembilan --Lukut --Merlimau --Telok Datok --100 km

12 JUN 10 --Melaka --Merlimau --Ayer Hitam --Pasir Panjang --100 km

13 JUN 10 --Johor --Ayer Hitam --Johor Bahru --Johor Bahru --100 km


Saya memohon doa dan restu seluruh warga Malaysia, berharap agar usaha ini dapat direalisasikan menjadi kenyataan.

No comments: