Saturday, July 31, 2010

RAKYAT MALAYSIA ANTARA 10 TERTINGGI MENGAMBIL ARAK DI DUNIA

Pelajar ini keliru.....

Pelajar ini tidak menyedari bahawa dia sebenarnya sedang dieksploitasi, oleh pihak yang berkepentingan sebagai pengiklan mudah “Minuman Keras”. Kekeliruan jelas terbayang diwajah adik kecil ini bila dia tidak dibenar menggunakan baju ini semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah, sedangkan niat asal hanya untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan bola sepak terkemuka dunia.

Friday, July 30, 2010

Selamat Hari Pahlawan...

"Kepada generasi muda....
saya berharap mereka dapat menghargai
saat kesusahan dan keperitan pejuang negara
menuntut kemerdekaan.
Hanya dengan melihat sejarah
kita dapat merenung diri serta mengambil iktibar
dari malapetaka terhadap bangsa kita...
Ingatlah...
Bangsa yang tidak belajar daripada sejarah
akan didera dengan kesalahan
yang berulang-ulang..."

Bangsa yang besar adalah bangsa yang menghargai jasa pahlawannya....

Pengendali Bot Bawah Umur....

Menuntut keprihatinan masyarakat khususnya ibu dan bapa agar tidak membiarkan anak-anak mereka pergi ke sekolah dengan menaiki bot yang dikendalikan oleh seorang budak yang berumur 13 tahun. Kita sebenarnya hanya mengundang padah bila bot yang melebihi muatan itu langsung tiada ciri-ciri keselamatan dan tiada seorang pun orang dewasa didalamnya.

Wednesday, July 21, 2010

Bas Terbabas di Sandakan...


Bas terbabas semasa berada dijalan Cecili, menurut pemandu tiada kemalangan jiwa dalam kejadian ini. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.00 pm, berhampiran dengan pondok tempat sembahyang masyarakat Cina. Kata pemandu tersebut dia diganggu oleh sesuatu semasa lalu di kawasan tersebut.

Sunday, July 18, 2010

Anugerah Guru Patriotik 2010

Ucapan ribuan terima kasih atas "Anugerah Guru Patriotik" kepada Pengarah Pelajaran Sabah Yang Berbahagia Dr. Haji Muhiddin Bin Yusin, Pegawai Pelajaran Daerah Sandakan, Guru Besar serta Ahli Jawatankuasa yang terlibat. Semoga anugerah ini menjadi pemangkin kepada usaha-usaha seterusnya dalam meningkatkan nilai jati diri bangsa

Thursday, July 15, 2010

Perak....



Pemandangan dari lebuh raya Utara Selatan Plas

Bukit Batu Kapur.....