Saturday, July 31, 2010

RAKYAT MALAYSIA ANTARA 10 TERTINGGI MENGAMBIL ARAK DI DUNIA

Pelajar ini keliru.....

Pelajar ini tidak menyedari bahawa dia sebenarnya sedang dieksploitasi, oleh pihak yang berkepentingan sebagai pengiklan mudah “Minuman Keras”. Kekeliruan jelas terbayang diwajah adik kecil ini bila dia tidak dibenar menggunakan baju ini semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah, sedangkan niat asal hanya untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan bola sepak terkemuka dunia.


Minuman keras merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Minuman keras berterusan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat. Statistik kadar jenayah yang meninggi, pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi testimoni bisu kepada kuasa perosak minuman keras.

Persatuan pun menggunakan minuman keras sebagai penaja mereka

Ramai pihak perlu memandang serius kenyataan Dr Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia. Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun. Sewajarnya kita merasa terkejut dengan pendedahan beliau bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Iklan minuman keras berada dimerata-rata tempat...

Di Malaysia, arak boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain. Di pasaraya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti di 7 Eleven arak dijual tanpa kawalan ketat. Sebagai masyarakat islam kita juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen. Kerajaan pula dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya. Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah.

Bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam. Mengapakah tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai kepada umat islam?
Sepatutnya arak perlu diharamkan terus di Malaysia. Alasan bahawa negara Malaysia mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali. Ini kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan,sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Malang sekali bila kerajaan terus meluluskan iklan sebesar ini...

Kerajaan digesa mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di 7Eleven. Permis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat Malaysia. Kerajaan juga digesa untuk mengharamkan arak diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan. Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa.

Al-Quran melarang pengambilan alkohol di dalam ayat berikut: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala, dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)
Menurut Kitab Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan, bab 30 hadis no. 3380. Diriwayatkan oleh Anas r. a., Nabi Muhammad S. A. W. bersabda: “ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar: Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.”

No comments: