Monday, August 30, 2010

"Mengimbang Jalur Gemilang Tanpa Henti"

"Mengimbang Jalur Gemilang Tanpa Henti" di Kompleks Karamunsing Kota Kinabalu pada 28 - 29 Ogos 2010 sempena bulan kemerdekaan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sabah....Berjaya mencatat 20 jam tanpa henti sebagai rekod
Tepat jam 10.00 am catatan rekod bermula setelah dilepaskan oleh Datu Jamingul dan diperhatikan oleh En. Roslan dari SPK
Unit kamera dari BTPN sedang sibuk
Temubual dengan RTM

Thursday, August 5, 2010

Taman Warisan Jabatan Perhutanan Sabah

Inilah hutan simpan lipur yang berada di Ibu Pejabat Perhutanan Sandakan yang terletak 9 km perjalanan dari bandar.Hutan simpan lipur ini mempunyai keluasan lebih kurang 21.08 ekar yang perlu dijaga serta dipulihara untuk tujuan penyelidikan dan juga sebagai khazanah generasi akan datang. Kata-kata yang menjadi pegangan ialah "Hutan Kekayaan Kita Kini Dan Esok".Jalan masuk ke Taman Rusa dengan keluasan 0.4 hektar persegi dan telah ditubuhkan pada 1997 dengan jumlah hanya empat ekor rusa sebagai permulaan.Rusa yang telah dewasa akan dipindahkan ke Hutan Simpan Labuk.
Rusa atau lebih dikenali sebagai nama tempatannya Payau boleh dijumpai dikebanyakan hutan di Sabah. Penubuhan Taman Rusa ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat umum melihat rusa secara dekat dan dapat mempelajari hubungan habitat hidupan liar serta untuk menghargai kepentingan hutan dan kesannya kepada hidupan liar.

Sunday, August 1, 2010

Sudirman : Warisan (HQ Audio)

Kibar Jalur Gemilang Walau Dimana Kita Berada...

Di tebing bukit Sim Sim Sandakan pada 2002...

Jom Kibar Jalur Gemilang...

Jom cikgu kita pakat sama-sama kibar Jalur Gemilang kat sekolah, rumah, kereta baru, kereta lama atau dimana saja.....sempena Bulan Kemerdekaan ni,siapa lagi nak kibar kalau bukan kita......nak bagi contoh kat murid-muridlah ni...