Thursday, August 5, 2010

Taman Warisan Jabatan Perhutanan Sabah

Inilah hutan simpan lipur yang berada di Ibu Pejabat Perhutanan Sandakan yang terletak 9 km perjalanan dari bandar.Hutan simpan lipur ini mempunyai keluasan lebih kurang 21.08 ekar yang perlu dijaga serta dipulihara untuk tujuan penyelidikan dan juga sebagai khazanah generasi akan datang. Kata-kata yang menjadi pegangan ialah "Hutan Kekayaan Kita Kini Dan Esok".Jalan masuk ke Taman Rusa dengan keluasan 0.4 hektar persegi dan telah ditubuhkan pada 1997 dengan jumlah hanya empat ekor rusa sebagai permulaan.Rusa yang telah dewasa akan dipindahkan ke Hutan Simpan Labuk.
Rusa atau lebih dikenali sebagai nama tempatannya Payau boleh dijumpai dikebanyakan hutan di Sabah. Penubuhan Taman Rusa ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat umum melihat rusa secara dekat dan dapat mempelajari hubungan habitat hidupan liar serta untuk menghargai kepentingan hutan dan kesannya kepada hidupan liar.


Ini ialah Menara Taman Warisan yang dibina pada tahun 2007. Menara yang mempunyai ketinggian 7 meter ini boleh menampung 10 - 15 pelajar sekolah menengah pada satu-satu masa. Melalui menara yang dibina berasaskan kayu ini dapat memudahkan orang awam untuk melihat sekitar taman khususnya pokok-pokok serta kawasan pemeliharaan rusa.
Inilah tumbuh-tumbuhan yang ditanam oleh Jabatan Hutan yang dapat dilihat di sekitar Taman Warisan.
Pemandangan seperti ini dapat merehatkan fizikal dan mental kita selepas penat menjalankan tugasan serta rutin harian.

No comments: