Saturday, December 31, 2011

Amerika keluar dari Iraq

Tentera Amerika Syarikat (AS) menurunkan benderanya di Iraq, dalam satu upacara rasmi menjelang pengunduran mereka dari negara ini setelah mendudukinya selama hampir sembilan tahun berikutan serangan kontroversi untuk menggulingkan Saddam Hussein pada Mac 2003.

DAP kutuk tindakan letak kepala khinzir di hadapan masjid





Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala khinzir di luar pintu Masjid  Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Baharu.
  
Beliau berkata mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu  diberkas dan diberi hukuman yang setimpal kerana tidak mempunyai sensitiviti agama.
  
"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia.  Rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.
  
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini berhubung insiden  sembilan kepala khinzir ditemui di hadapan pintu Masjid Al-Falah semalam.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor mahu pihak polis memberi keutamaan terhadap siasatan kes ini.
  
"Pada malam menjelang tahun baru ini insiden memalukan seperti ini tidak harus berlaku," katanya

Tuesday, December 27, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

Selamat menyambut tahun baru kepada seluruh rakyat malaysia, rakan-rakan FB, rakan-rakan blogger, rakan-rakan seperjuangan. Marilah kita berganding bahu untuk merempuh 2012 dengan azam dan semangat yang baru.
Maaf dah lama tak update.........

Mahathir Mohamad