Saturday, December 31, 2011

Amerika keluar dari Iraq

Tentera Amerika Syarikat (AS) menurunkan benderanya di Iraq, dalam satu upacara rasmi menjelang pengunduran mereka dari negara ini setelah mendudukinya selama hampir sembilan tahun berikutan serangan kontroversi untuk menggulingkan Saddam Hussein pada Mac 2003.

Pengunduran itu menandakan berakhirnya perang yang menyebabkan puluhan ribu rakyat Iraq dan hampir 4,500 askar AS terbunuh, ramai lagi cedera, dan 1.75 juta penduduk Iraq hilang tempat tinggal, berikutan serangan tentera AS dan sekutunya yang menggulingkan rejim Saddam dan kemudian mencetuskan sengketa berdarah Syiah-Sunah.
 Di bandar Fallujah, barat Iraq, penduduk membakar bendera AS, mengibarkan sepanduk dan membanjiri jalan raya untuk meraikan pengunduran askar Amerika dari bekas kubu kuat militan al-Qaeda itu, yang pernah menjadi medan pertempuran paling sengit dalam perang di negara ini.

No comments: