Tentera Amerika Syarikat (AS) menurunkan benderanya
di Iraq, dalam satu upacara rasmi menjelang pengunduran mereka
dari negara ini setelah mendudukinya selama hampir sembilan tahun
berikutan serangan kontroversi untuk menggulingkan Saddam Hussein pada
Mac 2003.
Saturday, December 31, 2011
DAP kutuk tindakan letak kepala khinzir di hadapan masjid
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala khinzir di luar pintu Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Baharu.
Beliau berkata mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu diberkas dan diberi hukuman yang setimpal kerana tidak mempunyai sensitiviti agama.
"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini berhubung insiden sembilan kepala khinzir ditemui di hadapan pintu Masjid Al-Falah semalam.
Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor mahu pihak polis memberi keutamaan terhadap siasatan kes ini.
"Pada malam menjelang tahun baru ini insiden memalukan seperti ini tidak harus berlaku," katanya
Tuesday, December 27, 2011
Selamat Tahun Baru 2012
Selamat menyambut tahun baru kepada seluruh rakyat malaysia, rakan-rakan FB, rakan-rakan blogger, rakan-rakan seperjuangan. Marilah kita berganding bahu untuk merempuh 2012 dengan azam dan semangat yang baru.
Maaf dah lama tak update.........
Maaf dah lama tak update.........
Subscribe to:
Posts (Atom)