Friday, March 5, 2010

Bendera Tamadun Bangsa

Bendera dan panji-panji adalah sinonim dengan perasaan manusia. Sejak manusia kenal erti tamadun, bendera telah menjadi satu lambang yang penting untuk manusia menyerlahkan apa perasaan hatinya: bangga, marah, pilu, suka, geram, cemas, mahu menyerang, menerima takdir dan sebagainya. Kerana itu sejak zaman dulu lagi, kita dapati sesuatu bendera itu dianggap sebagai sehelai kain yang berkeramat sehinggakan bendera itu dijadikan lambang yang mempunyai unsur-unsur azimat.

Tetapi kini ia semakin tidak dihargai oleh bangsanya sendiri. Tiada lagi diungkap sebagai keramat, tiada lagi diguna sebagai azimat.

No comments: