
Chimney ini terletak di Tanjung Krubong, dan mempunyai ketinggian 106 kaki diperbuat daripada batu bata merah dan dipercayai ada hubungkait dengan perusahaan melombong arang batu di Labuan. Sebanyak 23,000 ketul bata merah telah digunakan dan ianya diimport dari England. Susunan batu bata pada binaan ini adalah tipikal dengan gaya British.

Pada awalnya dianggap bahawa Chimney ini dibina sebagai laluan asap tetapi kajian menunjukkan tidak terdapat kesan asap atau arang pada bahagian dalamnya dan ini adalah antara yang menyumbangkan kepada binaan ini masih menjadi misteri hingga hari ini.

Hasil dari mengorek untuk kajian mendapati terdapat 12 lapisan bata di bawah aras bumi dan binaan ini terletak di atas jaluran batu kapur yang kaya dengan tanah liat jenis kaolin atau tanah liat porselin. Beberapa hipotesis telah dibuat untuk mengkaji binaan ini. Ada yang mengatakan ia sebahagian daripada rumah agam yang tidak siap sementara ada yang mengatakan ia berfungsi sebagai rumah api untuk memberi panduan kepada kapal-kapal yang lalu di kawasn tersebut.
Bersama dengan ibu dan bapa serta sebahagian ahli keluarga yang telah menetap di Labuan.Pada zaman awalnya, kawasan berhampiran dengan laut itu mempunyai penduduka yang ramai dan Chimney ini digunakan sebagai menara untuk measang loceng bagi memberi amaran kepada penduduk tentang ketibaan kapal.
"harap sejarah dapat kekal dipelihara untuk pewaris akan datang" kata Pn. Sharifah Arif yang bertugas di Perpustakaan Wilayah Sandakan. Kepelbagaian andaian ini menjadikan Chimney sebuah monument yang penuh misteri dan sentiasa menggamit dan persoalan pengunjung.
No comments:
Post a Comment