
Keindahan puncak gunung Kinabalu, tidak dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat khususnya Sabahan. Walaupun gunung Kinabalu berada di negara ataupun yang tinggal dikaki gunung itu sendiri. Betulkah kerana harga yang terlalu tinggi dan meningkat sepanjang tahun, menjadi penyebab kepada sebahagian besar masyarakat Sabah yang terpaksa berfikir banyak kali untuk mengorbankan RM yang besar jumlahnya bagi mereka.

Akhirnya kita terpaksa mendengar cerita dan pengalaman indah berada di puncak Gunung Kinabalu dari pelancong-pelancong asing. Apa yang menyedihkan, keindahan bumi tuhan dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk faktor keuntungan semata-mata.
No comments:
Post a Comment