Thursday, November 26, 2009

Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

Antara poster yang menarik pada pameran tersebut....
Mencegah lebih baik daripada mengubati......
Jenis-jenis dadah yang dipamerkan....
Persiapan untuk ceramah Anti Dadah oleh Agensi AntiDadah Kebangsaan di sekolah Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan.

Apa itu dadah.........

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalah gunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini didalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti kokain, ganja, heroin, syabudan" ecstasy " diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna" .

Kesan akibat dadah.....

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.

No comments: