Gam atau bahan perekat biasanya mengandungi hidrokarbon meruap yang membahaya seperti benzena. Walaupun benzena kini telah digantikan dengan toluena dan hidrokarbon aromatik lain, ia tetap membahaya dan boleh membawa maut sekiranya dihidu. Kerosakan sistem saraf mungkin terjadi selepas menghidu untuk jangkamasa lebih kurang setahun dan kerosakan ini akan berterusan sehingga beberapa bulan walaupun tabiat ini dihentikan. Sebagai contoh, gam yang mengandungi n-heksana dan toluena telah dikaitkan dengan pengecutan dan lemah otot serta penjejasan sistem deria.
Penghidu gam mungkin juga akan mengalami tanda-tanda toksisiti ginjal termasuklah proteinuria, hematuria, asidosis tubular ginjal distal, dan kalkuli renal berulang. Penilaian yang dilakukan terhadap 25 orang dewasa yang menghidu toluena menunjukkan terdapatnya 3 corak utama iaitu
-lemah otot
-aduan gangguan gastrousus
-gangguan mental dan saraf
Selain daripada ini, gangguan zat galian seperti kalium, fosfat kerap diperhatikan.

No comments:
Post a Comment