Majlis Anugerah Cemerlang Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan Sabah telah diadakan pada 19 November 2009 iaitu sehari sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula. Salah satu objektif ialah untuk mengiktiraf kejayaan para pelajar dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG sekolah dengan tema "Murid Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan untuk sama-sama menyerikan lagi Majlis Anugerah ini...
Dalam majlis ini nampaknya kaum ibu lebih ramai daripada kaum bapa, kenapa begitu? Itulah teguran Guru Besar kepada hadirin semasa ucapan beliau. Apapun itu bukan persoalannya sebab pada waktu ini kaum bapa sedang berhempas pulas mencari nafkah untuk keluarga.
Urusetia yang sedang bertugas... sekarang dah lengang tapi awal pagi tadi mereka diserbu oleh ibu bapa dan murid.
Persiapan bahagian fotografi dan dokumentasi majlis....
Juruacara Majlis..........
Murid bersiap sedia untuk acara perasmian yang akan bermula bila-bila saja lagi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG....
Kelihatan Ust. Fairuz dan Ust. Badru bersama-sama dengan kumpulan kompang sekolah... Persembahan guru dan murid, iaitu membaca sajak tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertajuk "Perjuangan Belum Selesai"...
Persembahan Dikir Barat pimpinan Ust. Badru..
Persembahan tarian dari suku kaum Sabah yang dipimpin oleh Cikgu Jamali...
Persembahan Koir pelajar...
Penyampaian hadiah kepada pelajar tahap 1 oleh isteri kepada Yang Dipertua PIBG sekolah serta diiringi oleh PK 1...
Wakil AJK PIBG untuk menyampaikan hadiah dan diiringi oleh penolong kanan Kokurikulum.....
Bergambar kenangan Guru Besar Yang Dipertua PIBG bersama-sama dengan pelajar cemerlang sekolah dan ibu pelajar berkenaan...
Inilah suasananya sebelum majlis bersurai...
Para ibu bapa berkumpul untuk mendapatkan sumbangan makanan dan minuman dari pihak sekolah...
Menjamu selera bersama-sama selepas Majlis Anugerah Cemerlang.....
No comments:
Post a Comment