Sunday, December 13, 2009

Facebook Punca Keputusan Teruk...


COLUMBUS - Pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kebimbangan guru-guru dan ibu bapa selama ini bahawa remaja yang kerap melayari laman web Facebook didapati bertambah teruk dalam peperiksaan, lapor sebuah akhbar semalam.Kesimpulan tersebut berdasarkan satu kajian di AS yang mendapati pengguna-pengguna Facebook yang kerap meluaskan bilangan kenalan, menyertai kumpulan atau berkomunikasi dengan pelayar lain melibatkan masa yang banyak."Kajian kami menunjukkan mereka yang meluangkan banyak masa melayari Facebook kurang mengulangkaji pelajaran," kata seorang penyelidik dari Jabatan Pendidikan Universiti Negeri Ohio, AS.Menurutnya, terdapat pelajar yang mengulang kaji pelajaran mereka kurang sejam dalam seminggu kerana terlalu sibuk melayari Facebook.
Kajian di AS itu melibatkan soal selidik terhadap 219 pelajar pengajian tinggi mengenai amalan ulang kaji dan masa yang diluangkan untuk melayari Facebook. - Agensi

1 comment:

viper said...

yaa saya menyokong artikel ni,

bukan stakat plajar teruk, staf gomen yg sibuk layan kebun sayur FB ni tak beganjak dr tmpat duduk, lambat buat keje.

bahaya FB ni, baik tutup dan boikot sekali. lagipun foundernya org Yahudi.