Tuesday, December 29, 2009

Pengemis oh Pengemis....

Kita menjadi serbasalah bila melihat situasi seperti ini, nak hulur atau nak lalu didepannya tanpa ada rasa apa-apa. Secara jujur perasaan semulajadi manusia adalah perasan belas dan ehsan ada pada setiap kita walaupun sekecil mana perasaan itu. Persoalannya sampai bila kita perlu menghulur dan apakah ianya dapat membantu merubah nasib malang yang telah ditentukan atau merupakan nasib ciptaan mereka semata-mata. Ada beberapa cerita yang perlu kita ketahui sebelum simpati kita dijadikan senjata oleh mereka.

Di lokasi ini seorang pengemis yang sudah tua, mungkin dalam lewat 50an dan berkopiah serta berjanggut berjaya ditangkap. Sebaik sahaja ditangkap, terus pakcik tua tadi merayu seperti OKU yang bisu supaya dilepaskan. Namun, tugas tetap tugas. Tiada rayuan yang akan dilayan sehingga siasatan selesai. Pengemis tua tadi dimasukkan ke dalam kenderaan saya untuk dibawa terus ke pejabat JKM Kuantan.

Setelah siasatan dilakukan, rupa-rupanya pengemis tua yang berkopiah itu adalah warga thailand dan beragama budha! Memang tak sangka, dan hasil mengemis pakcik tadi berjumlah lebih dari RM250. Hanya dengan berbekalkan kopiah sahaja!


pengemis yang ditahan seramai 4 orang dan hanya seorang yang benar-benar OKU iaitu cacat penglihatan. Paling menarik semalam ialah kehadiran seorang pemandu teksi ke pejabat JKM kerana ingin mengambil isterinya yang ditangkap kerana mengemis di bazar ramadhan. Kenapalah masih nak mengemis lagi sedangkan si suami bekerja sebagai pemandu teksi? atau adakah si suami turut serta?


Dalam operasi yang bermula pukul 7 pagi hingga 1 pagi itu, sebanyak 26 pengemis termasuk seorang warga asing rakyat China berusia 42 tahun ditahan ketika sedang mengemis di hadapan bangunan Stadhuys.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, 25 pengemis tempatan yang berusia lingkungan 30-an ditahan di sekitar kawasan tumpuan pelancong seperti Jonker Street, Pasar Besar Melaka Sentral dan Dataran Pahlawan.

Katanya, salah seorang daripada mereka ketika diperiksa menyimpan RM460 di dalam poket seluarnya.

''Ketika ditanya, lelaki tersebut mengaku wang berkenaan merupakan hasil kutipan pada hari berkenaan dan dia mampu memperoleh jumlah tersebut pada setiap hari hanya dengan mengemis di kawasan tumpuan pelancong.

''Hanya mengalami anggota fizikal yang cacat dan duduk di kaki lima di kawasan tumpuan pelancong, lelaki itu mengaku mampu memperoleh RM460 sehari dan jika dia berjaya mengutip secara konsisten, pendapatannya pada setiap bulan mampu mencecah RM14,000," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

No comments: