APABILA menyebut tembakau, rata-rata di kalangan kita mengaitkannya dengan tabiat merokok. Hakikatnya,tembakau bukan sahaja tertumpu kepada tabiat merokok, malah menghisap cerut, paip dan mengunyah tembakau antara tabiat yang tidak dapat dipisahkan dari tembakau.
Membincangkan masalah tembakau, perkara utama yang sering dikaitkan ialah kesan negatifnya kepada kesihatan.
Meskipun ramai yang menyedari kesan buruk tembakau, namun masih terdapat sebilangan besar yang tidak mengendahkannya.
Secara global, dianggarkan tiga juta kematian di kalangan perokok berkaitan dengan tabiat merokok yang menyebabkan kanser.
''Antaranya ialah kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat merokok .
Selain itu, tabiat merokok juga antara faktor yang menyebabkan kanser pankreas, pundi kencing dan serviks.
Manakala di kalangan wanita, kesan merokok ini mendedahkan mereka kepada kanser buah dada dan rahim.
Kajian saintifik menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser (karsinogenik).
Merokok menyebabkan aterosklerosis, gangguan pada sistem jantung (kardiovaskular) dan saluran darah.
''Bahan-bahan nikotin pada rokok boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi) dan pembentukan plak .
Tekanan darah menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras dan meningkatkan kadar denyutan jantung kerana nikotin menyebabkan saluran darah menjadi sempit.
Apabila saluran darah mengecil, darah terpaksa mengalir lebih laju kerana tekanan tinggi.
''Sekiranya keadaan ini berterusan, saluran darah akan tersumbat dan akan menghalang bekalan darah sampai ke otak yang akhirnya menyebabkan strok (angin ahmar).
Biasanya, penyumbatan saluran darah ini berlaku pada saluran darah yang halus iaitu di bahagian organ-organ penting tubuh seperti otak, jantung dan buah pinggang.
Tabiat ini juga meningkatkan risiko penyakit pada paru-paru seperti penyakit kronik bronkitis, kronik pulmonari obstruktif, emfesema dan pneumonia.
''Kronik bronkitis yang terbentuk berbulan-bulan itu adalah iritasi daripada lapisan tersebut di mana kahak berkumpul hingga mengeluarkan darah .
Individu yang menghidap kronik bronkitis dapat dikenal pasti apabila batuk berkahak melebihi tiga bulan dalam tempoh dua tahun berturut-turut.
Hampir 70 hingga 80 peratus individu yang menghidap kronik bronkitis ini berpunca daripada tabiat merokok.
Selain kronik bronkitis, perokok juga terdedah kepada penyakit emfesema iaitu penyakit di mana paru-paru tidak berkembang dan pneumonia.
''Dalam paru-paru terdapat alveoli iaitu pundi paru-paru yang mengembang dan menguncup semasa proses pernafasan berlaku, sebaliknya sekiranya alveoli ini rosak proses ini tidak akan berlaku .Sekarang semua kotak rokok tertera gambar-gambar penyakit yang mungkin perokok hadapi dalam jangka masa yang panjang. langkah kerajaan ini bertujuan memberi kesedaran kepada perokok tentang akibat merokok. kerajaan tak boleh memberhentikan penjualan rokok kepada orang ramai kerana ia adalah sebahagian besar pendapatan negara.

Inilah kotak rokok terakhir saya yang saya simpan hampir 12 tahun yang lalu dan saya merupakan salah seorang perokok tegar suatu masa dahulu. Sangat bersyukur kerana dapat meninggalkan benda yang tidak menguntungkan kepada sesiapa dan ianya tidak mendatangkan kebaikan walau sedikit pun. Sukar untuk menghilangkan tabiat merokok lebih-lebih lagi selepas kita bersamanya selama 10 tahun. Tetapi alhamdulillah pada cuti sempena Maal Hijrah 1997 saya dapat meninggalkan terus rokok tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan, sebab ubat yang paling mujarab ada didalam hati kita. Berhentilah merokok sebelum kita tidak dapat merokok. Apa yang menyedihkan ialah rokok terus menjadi pertimbangan pihak kerajaan samaada memilih "keuntungan" atau "kesihatan rakyat" walaupun kita tahu kemudaratannya.
No comments:
Post a Comment