Thursday, December 31, 2009

Herald boleh guna perkataan ‘Allah’

Penerbit akhbar mingguan Herald dibenarkan untuk menggunakaan perkataan “Allah”, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Keputusan itu membatalkan larangan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas akhbar berkuat kuasa awal tahun ini.

Mahkamah membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu.

Penghakiman penting ini dilihat akan menggembirakan kira-kira 850,000 masyarakat Kristian Katolik negara ini.

Peguam bagi pihak Herald, Porres Royan memberitahu wartawan bahawa “mahkamah telah mengisytiharkan yang pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataaan Allah.” “Saya percaya kementerian akan patuh kepada keputusan mahkamah,” katanya.

Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said pula berkata, “saya difahamkan kementerian sudah pun membenarkan permit untuk tahun 2010.”

Permit semasa untuk menerbitkan Herald berakhir hari ini. Mengenai tindakan susulan, Kamaludin menambah beliau akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mendapatkan arahan selanjutnya.

Pada 16 Feb lepas, Uskup Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri, melarang beliau menggunakan istilah Allah dalam akhbar itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Pada 7 Jan lalu, Menteri Dalam Negeri meluluskan permit Herald dengan syarat penggunaan perkataan “Allah” dilarang dan perkataan ‘Terhad’ perlu dicetak di muka depan majalah tersebut iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian.

Menteri Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan “Allah” atas alasan keselamatan negara dan mengelak salah faham dan kekeliruan di kalangan orang Islam.

Selamat Tahun Baru 2010

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya kepada yang mengenali kami. Semoga kedatangan tahun baru ini bakal memberi harapan dan menambah sinar dalam hidup kita. Kita tinggalkan 2009 bersama dengan kelalaian dan kealpaan kita untuk terus melangkah kehadapan bersama dengan seribu kebaikan.

Wednesday, December 30, 2009

Tembakau atau Rokok....


APABILA menyebut tembakau, rata-rata di kalangan kita mengaitkannya dengan tabiat merokok. Hakikatnya,tembakau bukan sahaja tertumpu kepada tabiat merokok, malah menghisap cerut, paip dan mengunyah tembakau antara tabiat yang tidak dapat dipisahkan dari tembakau.

Membincangkan masalah tembakau, perkara utama yang sering dikaitkan ialah kesan negatifnya kepada kesihatan.

Meskipun ramai yang menyedari kesan buruk tembakau, namun masih terdapat sebilangan besar yang tidak mengendahkannya.

Secara global, dianggarkan tiga juta kematian di kalangan perokok berkaitan dengan tabiat merokok yang menyebabkan kanser.

''Antaranya ialah kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat merokok .

Selain itu, tabiat merokok juga antara faktor yang menyebabkan kanser pankreas, pundi kencing dan serviks.

Manakala di kalangan wanita, kesan merokok ini mendedahkan mereka kepada kanser buah dada dan rahim.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan kanser (karsinogenik).

Merokok menyebabkan aterosklerosis, gangguan pada sistem jantung (kardiovaskular) dan saluran darah.

''Bahan-bahan nikotin pada rokok boleh menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi) dan pembentukan plak .

Tekanan darah menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras dan meningkatkan kadar denyutan jantung kerana nikotin menyebabkan saluran darah menjadi sempit.

Apabila saluran darah mengecil, darah terpaksa mengalir lebih laju kerana tekanan tinggi.

''Sekiranya keadaan ini berterusan, saluran darah akan tersumbat dan akan menghalang bekalan darah sampai ke otak yang akhirnya menyebabkan strok (angin ahmar).

Biasanya, penyumbatan saluran darah ini berlaku pada saluran darah yang halus iaitu di bahagian organ-organ penting tubuh seperti otak, jantung dan buah pinggang.

Tabiat ini juga meningkatkan risiko penyakit pada paru-paru seperti penyakit kronik bronkitis, kronik pulmonari obstruktif, emfesema dan pneumonia.

''Kronik bronkitis yang terbentuk berbulan-bulan itu adalah iritasi daripada lapisan tersebut di mana kahak berkumpul hingga mengeluarkan darah .

Individu yang menghidap kronik bronkitis dapat dikenal pasti apabila batuk berkahak melebihi tiga bulan dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Hampir 70 hingga 80 peratus individu yang menghidap kronik bronkitis ini berpunca daripada tabiat merokok.

Selain kronik bronkitis, perokok juga terdedah kepada penyakit emfesema iaitu penyakit di mana paru-paru tidak berkembang dan pneumonia.

''Dalam paru-paru terdapat alveoli iaitu pundi paru-paru yang mengembang dan menguncup semasa proses pernafasan berlaku, sebaliknya sekiranya alveoli ini rosak proses ini tidak akan berlaku .
Sekarang semua kotak rokok tertera gambar-gambar penyakit yang mungkin perokok hadapi dalam jangka masa yang panjang. langkah kerajaan ini bertujuan memberi kesedaran kepada perokok tentang akibat merokok. kerajaan tak boleh memberhentikan penjualan rokok kepada orang ramai kerana ia adalah sebahagian besar pendapatan negara.


Macam mana kerajaan nak haramkan terus rokok.. jika pendapatannya sahaja sudah mencapai 100juta setahun pendapatan hasil cukai dan iklan, bayangkan kalau semua tak merokok rugi. Contoh dalam tahun 1990 sahaja perokok di Malaysia membakar lebih 1.7 bilion ringgit.

Tidak mustahil bagi perokok tegar yang menyatakan rokok itu adalah darah daging mereka untuk meninggalkan rokok. Ianya adalah mitos dari mulut mereka yang berpaksikan hawa nafsu, manakan tidak, jikalau begitu tentulah tiada orang yang sanggup meninggalkan tabiat merokok mereka. Walhal, ramai sahaja di kalangan umat manusia yang berjaya meninggalkan tabiat merokok mereka walau sudah berpuluh tahun mengambilnya. Yang penting adalah niat dan kemahuan. Andai para penagih dadah berjaya mengatasi masalah ketagihan inikan pula para perokok!. Tambahan pula, sudah berbagai-bagai teknik telah dicipta oleh mereka-mereka didalam bidang perbuatan untuk mengatasi masalah ketagihan rokok yang terbukti keberkesanannya. Hanya tinggal para perokok sahaja yang perlu mencarinya seperti kata pepatah “gayung tidak bersambut”.

Inilah kotak rokok terakhir saya yang saya simpan hampir 12 tahun yang lalu dan saya merupakan salah seorang perokok tegar suatu masa dahulu. Sangat bersyukur kerana dapat meninggalkan benda yang tidak menguntungkan kepada sesiapa dan ianya tidak mendatangkan kebaikan walau sedikit pun. Sukar untuk menghilangkan tabiat merokok lebih-lebih lagi selepas kita bersamanya selama 10 tahun. Tetapi alhamdulillah pada cuti sempena Maal Hijrah 1997 saya dapat meninggalkan terus rokok tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan, sebab ubat yang paling mujarab ada didalam hati kita. Berhentilah merokok sebelum kita tidak dapat merokok. Apa yang menyedihkan ialah rokok terus menjadi pertimbangan pihak kerajaan samaada memilih "keuntungan" atau "kesihatan rakyat" walaupun kita tahu kemudaratannya.

Tuesday, December 29, 2009

Pengemis oh Pengemis....

Kita menjadi serbasalah bila melihat situasi seperti ini, nak hulur atau nak lalu didepannya tanpa ada rasa apa-apa. Secara jujur perasaan semulajadi manusia adalah perasan belas dan ehsan ada pada setiap kita walaupun sekecil mana perasaan itu. Persoalannya sampai bila kita perlu menghulur dan apakah ianya dapat membantu merubah nasib malang yang telah ditentukan atau merupakan nasib ciptaan mereka semata-mata. Ada beberapa cerita yang perlu kita ketahui sebelum simpati kita dijadikan senjata oleh mereka.

Di lokasi ini seorang pengemis yang sudah tua, mungkin dalam lewat 50an dan berkopiah serta berjanggut berjaya ditangkap. Sebaik sahaja ditangkap, terus pakcik tua tadi merayu seperti OKU yang bisu supaya dilepaskan. Namun, tugas tetap tugas. Tiada rayuan yang akan dilayan sehingga siasatan selesai. Pengemis tua tadi dimasukkan ke dalam kenderaan saya untuk dibawa terus ke pejabat JKM Kuantan.

Setelah siasatan dilakukan, rupa-rupanya pengemis tua yang berkopiah itu adalah warga thailand dan beragama budha! Memang tak sangka, dan hasil mengemis pakcik tadi berjumlah lebih dari RM250. Hanya dengan berbekalkan kopiah sahaja!


pengemis yang ditahan seramai 4 orang dan hanya seorang yang benar-benar OKU iaitu cacat penglihatan. Paling menarik semalam ialah kehadiran seorang pemandu teksi ke pejabat JKM kerana ingin mengambil isterinya yang ditangkap kerana mengemis di bazar ramadhan. Kenapalah masih nak mengemis lagi sedangkan si suami bekerja sebagai pemandu teksi? atau adakah si suami turut serta?


Dalam operasi yang bermula pukul 7 pagi hingga 1 pagi itu, sebanyak 26 pengemis termasuk seorang warga asing rakyat China berusia 42 tahun ditahan ketika sedang mengemis di hadapan bangunan Stadhuys.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman berkata, 25 pengemis tempatan yang berusia lingkungan 30-an ditahan di sekitar kawasan tumpuan pelancong seperti Jonker Street, Pasar Besar Melaka Sentral dan Dataran Pahlawan.

Katanya, salah seorang daripada mereka ketika diperiksa menyimpan RM460 di dalam poket seluarnya.

''Ketika ditanya, lelaki tersebut mengaku wang berkenaan merupakan hasil kutipan pada hari berkenaan dan dia mampu memperoleh jumlah tersebut pada setiap hari hanya dengan mengemis di kawasan tumpuan pelancong.

''Hanya mengalami anggota fizikal yang cacat dan duduk di kaki lima di kawasan tumpuan pelancong, lelaki itu mengaku mampu memperoleh RM460 sehari dan jika dia berjaya mengutip secara konsisten, pendapatannya pada setiap bulan mampu mencecah RM14,000," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Monday, December 14, 2009

TEKSI ‘TANDAS’, NAZRI PERLU MINTA MAAF

KUALA LUMPUR - Letak jawatan portfolio teksi dan pengangkutan awam serta minta mohon maaf secara terbuka kepada pemandu teksi.

Demikian gesaan beberapa persatuan pemandu teksi kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ekoran kenyataannya pada Isnin lalu yang melabelkan perkhidmatan teksi di negara ini lebih teruk daripada tandas.

Jurucakap persatuan-persatuan terlibat, Azmi Md. Yatim berkata, kenyataan celupar menteri itu tidak mencerminkan keadaan sebenar pemandu teksi dan ia tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang yang dianggap sebagai bapa.

"Walaupun beliau kata hanya segelintir pemandu teksi sedemikian tetapi kenyataan itu tetap menghina," katanya pada sidang akhbar pada Perhimpunan Bantahan dan Penyerahan Memorandum di Bilik Gerakan UMNO Bahagian Cheras di sini semalam.

Turut bersama dalam majlis itu, Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Yusoff Lahir dan Pengerusi Persatuan Pemandu-pemandu Kereta Sewa Melaka-KLIA-Melaka, Jefri Ibrahim.

Azmi yang juga Pengerusi Persatuan Usahawan Pemilik Teksi Eksekutif Malaysia menjelaskan, keceluparan Mohamed Nazri itu mencerminkan beliau seorang yang angkuh dan bercakap secara semberono.

"Kenyataan itu juga dibuat secara membuta tuli, tidak telus dan prejudis serta mendiskriminasi para pemandu teksi di negara ini./Kosmo

Sunday, December 13, 2009

Hentikan Peperangan...

Walauapapun tujuannya, peperangan menyebabkan kematian dan kesengsaraan. Isteri kehilangan suami dan anak kehilangan ayah. Tidak kurang ramai juga yang cacat seumur hidup akibat terkena letupan senjata. Peperangan mengakibatkan peradaban sebuah negara yang dibina beratus tahun dengan titik peluh dan wang ratusan billion ringgit musnah sekelip mata. Semuga kita aman selamanya di bumi bertuah ini...

Facebook Punca Keputusan Teruk...


COLUMBUS - Pakar-pakar di Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kebimbangan guru-guru dan ibu bapa selama ini bahawa remaja yang kerap melayari laman web Facebook didapati bertambah teruk dalam peperiksaan, lapor sebuah akhbar semalam.Kesimpulan tersebut berdasarkan satu kajian di AS yang mendapati pengguna-pengguna Facebook yang kerap meluaskan bilangan kenalan, menyertai kumpulan atau berkomunikasi dengan pelayar lain melibatkan masa yang banyak."Kajian kami menunjukkan mereka yang meluangkan banyak masa melayari Facebook kurang mengulangkaji pelajaran," kata seorang penyelidik dari Jabatan Pendidikan Universiti Negeri Ohio, AS.Menurutnya, terdapat pelajar yang mengulang kaji pelajaran mereka kurang sejam dalam seminggu kerana terlalu sibuk melayari Facebook.
Kajian di AS itu melibatkan soal selidik terhadap 219 pelajar pengajian tinggi mengenai amalan ulang kaji dan masa yang diluangkan untuk melayari Facebook. - Agensi

Saturday, December 12, 2009

Ayat Power Karam Sing Walia


1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... . bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi bagus)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Thursday, December 10, 2009

Pengetua, guru besar diberi kuasa pecat guru

Pengetua atau guru besar mungkin diberi kuasa untuk mengambil dan memecat guru di sekolah mereka pada masa depan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika memberitahu Dewan Rakyat semalam berkata, perkara itu akan dipertimbangkan dalam usaha kementerian untuk merevolusikan sistem pendidikan negara. Selain itu, kementerian turut mewujudkan ba’iah baru untuk membawa perubahan yang dapat memberi kecemerlangan kepada sekolah-sekolah. “Sekiranya pengetua atau guru besar ‘perform’, beliau akan mendapat ganjaran, tidak semestinya dalam bentuk kenaikan pangkat atau gaji. Ganjaran itu bergantung kepada kegigihan pengetua atau guru besar berkenaan dalam melakukan perubahan di sekolah mereka. “Kemungkinan suatu hari nanti mereka boleh lakukan hire and fire. Mereka dapat menentukan siapa atau guru mana yang berdedikasi untuk membantu mereka menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran di Parlimen. -Kosmo

Wednesday, December 9, 2009

Pengangkutan Awam....

Pemandu pengangkutan awam yang nampak telah berumur mungkin dalam lingkungan 68 tahun ke bawah atau keatas.
Keadaan bas yang uzur dan mungkin telah berkhidmat selama 30 tahun ke atas.
Dalam situasi di atas, siapakah yang anda lebih percayai untuk memastikan keselamatan anda di atas jalanraya. Pemandu yang telah berumur atau pun bas yang telah uzur itu. Sanggupkah kita pertaruhkan keselamatan dan nyawa kita serta ahli keluarga kita untuk kedua-dua situasi ini. Pihak-pihak yang berkenaan perlu melakukan sesuatu demi keselamatan dan keselesaan pengguna-pengguna pengangkutan awam. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas untuk melakukan tindakan dan bukan bersikap “sudah terhantuk baru terngadah”.

Thursday, December 3, 2009

Pijak Gambar...

Perbuatan yang tidak boleh dicontohi oleh seluruh kanak-kanak, pelajar, remaja, belia hingga kepada orang dewasa sekali pun. Sebagai seorang guru, sangat bimbang melihat fenomena ini. Bimbang jika pelajar yang tidak berkenan kepada seseorang guru, akan mengambil pendekatan yang sama seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ini.

Friday, November 27, 2009

Majlis Tahlil Bersama Ketua Menteri Sabah.

Merakamkan gambar kenangan bersama Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah, Y.B. Datuk Haji Zakaria Haji Mohd. Edris Adun kawasan Gum-Gum dan Datuk Pangeran Abdul Rahman.
Majlis tahlil di Dewan Sri Gomantong dan kelihatan ahli-ahli keluarga turut hadir untuk menyerikan majlis...
Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah berserta rombongan tiba di perkarangan Dewan Sri Gomantong....
Majlis tahlil untuk Allahyarham Datuk Sri Pangeran Galpam dan sambutan Hari Raya Aidiladha di Dewan Sri Gomantong Sandakan. Majlis diserikan lagi dengan kedatangan Ketua Menteri Sabah Y.A.B. Datuk Musa Haji Aman berserta dengan rombongan.

Adi dan Ayah atau Afi dan Abah...?


Adi dan Ayah Opening
Inilah cerita asal Adi dan Ayah sebelum disadur kepada cerita ala Malaysia dengan tejuk Afi dan Abah. Kini kesah Adi dan Ayah telah tidak wujud lagi dalam Astro Ceria dan diganti dengan kesah Afi dan Abah. Kenapa? Sampai bila kita harus bersikap seperti itu?

AFI Dan ABAH

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Dikesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, kepada saudara mara, rakan seperjuangan, warga pendidik dan seluruh rakyat Malaysia.

Hari Terakhir Di Tadika Tai Tong...

Kami pada masa-masa terakhir Iqa berada di Tadika Tai Tong, tahun depan sekolah di SJK(C) Tai Tong....
Ibu bersama Iqa.....
Iqa bersama guru kelas dan ibu....
Bernyanyi bersama-sama kawan.....
Iqa menunggu penyerahan sijil...
Iqa menerima sijil Tadika Tai Tong dan gambar bersama-sama Guru Besar...
Sejarah yang ditinggalkan tak akan berulang sampai bila-bila....
ok.....lepas ni cuti panjang

Minggu RIMUP

Sekolah mengadakan kemuncak Minggu RIMUP pada 20 November 2009, hari terakhir persekolahan untuk tahun 2009. Matlamat Minggu RIMUP ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu serta dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
Pelajar yang terlibat dalam pelbagai program terakhir Minggu RIMUP...
Apa pun program di sekolah yang diadakan, sangat menuntut penglibatan sepenuhnya guru dan murid.....
Peserta pertandingan pakaian tradisional antaranya pakaian ala Jawa, Bajau, Suluk, Rungus, Sungai dan banyak lagi...
Terima kasih guru-guru dan terima kasih murid-murid....
Tarian Pekiring yang dipersembahkan ini popular dikalangan masyarakat Bajau Sabah...
Tak ketinggalan persembahan Karaoke daripada guru yang dipersembahkan oleh Cikgu Abd. Rauf....
Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, lain tahun berjumpa lagi....

Majlis Anugerah Cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang Sk. Sri Tanjung Papat 2 Sandakan Sabah telah diadakan pada 19 November 2009 iaitu sehari sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula. Salah satu objektif ialah untuk mengiktiraf kejayaan para pelajar dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG sekolah dengan tema "Murid Didahulukan Pencapaian Diutamakan".
Kehadiran ibu bapa sangat menggalakkan untuk sama-sama menyerikan lagi Majlis Anugerah ini...
Dalam majlis ini nampaknya kaum ibu lebih ramai daripada kaum bapa, kenapa begitu? Itulah teguran Guru Besar kepada hadirin semasa ucapan beliau. Apapun itu bukan persoalannya sebab pada waktu ini kaum bapa sedang berhempas pulas mencari nafkah untuk keluarga.
Urusetia yang sedang bertugas... sekarang dah lengang tapi awal pagi tadi mereka diserbu oleh ibu bapa dan murid.
Persiapan bahagian fotografi dan dokumentasi majlis....
Juruacara Majlis..........
Murid bersiap sedia untuk acara perasmian yang akan bermula bila-bila saja lagi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG....
Kelihatan Ust. Fairuz dan Ust. Badru bersama-sama dengan kumpulan kompang sekolah...
Persembahan guru dan murid, iaitu membaca sajak tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bertajuk "Perjuangan Belum Selesai"...
Persembahan Dikir Barat pimpinan Ust. Badru..
Persembahan tarian dari suku kaum Sabah yang dipimpin oleh Cikgu Jamali...
Persembahan Koir pelajar...
Penyampaian hadiah kepada pelajar tahap 1 oleh isteri kepada Yang Dipertua PIBG sekolah serta diiringi oleh PK 1...
Wakil AJK PIBG untuk menyampaikan hadiah dan diiringi oleh penolong kanan Kokurikulum.....
Bergambar kenangan Guru Besar Yang Dipertua PIBG bersama-sama dengan pelajar cemerlang sekolah dan ibu pelajar berkenaan...
Inilah suasananya sebelum majlis bersurai...
Para ibu bapa berkumpul untuk mendapatkan sumbangan makanan dan minuman dari pihak sekolah...
Menjamu selera bersama-sama selepas Majlis Anugerah Cemerlang.....